Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Cinta

Kualiti Lelaki Yang Menawan Perempuan

Imej
1. Percaya Diri Keyakinan diri adalah kualiti utama yang sering dicari oleh wanita. Lakukan perkara yang terbaik misalnya kalau anda mahir bermain badminton, maka teruskan bermain badminton dan juga cuba bermain bola sepak. Secara tidak langsung bakat dan kemahiran yang dimiliki akan menjadi lebih baik. Berdiri tegak ketika bercakap. Anda juga boleh melakukan senaman di bahagian belakang. Tetapi cara terbaik untuk membuatkan anda yakin pada diri sendiri ialah memandang wanita tepat pada matanya. Cara ini membuatkan anda kelihatan lebih yakin dan matang. Si dia juga akan memberi tindak balas yang lebih baik. 2. Lelaki Lucu Jangan bercakap terlalu serius atau ketawa yang dibuat-buat. Anda dinasihatkan agar tidak bersama teman wanita ketika si dia bersedih. Kemungkinan ini akan membuatkan dirinya lebih berduka. Paling tidak, cuba mengingati filem atau kisah lucu yang anda pernah tonton lalu menceritakan kepadanya agar si dia kembali tersenyum. Pujukan d

Sebab - Sebab Wanita Benci Lelaki

Imej
1. MENINGGIKAN SUARA Tahulah mereka dikurniakan suara yang 'macho' tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah. 2. MAIN KAYU TIGA Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya. 3. SUKA 'CUCI MATA' Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang! 4. MENGONGKONG Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena re

Tanda-Tanda Anda Sudah Jatuh Cinta ♥

Imej
1. Sukar melelapkan mata - Biasanya anda jarang mengalami masalah untuk tidur. Kali ini, sejak bertemu dan berkenalan dengannya ingatan anda kepada si dia kian menebal hingga mengganggu tidur anda. 2. Perasaan sentiasa berdebar - Perasaan anda sentiasa berdebar-debar jika bertembung dengan si dia. Malah anda jadi kelam kabut dan menggelabah apabila dia menghampiri anda. 3. Suka ambil tahu - Anda semakin berminat untuk ambil tahu tentang latar belakang dan perkembangan si dia. Anda tekun mendengar cerita mengenai si dia dan sering bertanya tentang si dia daripada kawan-kawannya. 4. Resah gelisah - Hati anda merasa resah dan gelisah pabila si dia tidak kelihatan. Anda tercari-cari kalau-kalau terlihat kelibat bayangnya. 5. Dihinggapi cemburu - Anda mula merasa cemburu bila si dia berbual dan melayan kehadiran orang lain sekalipun kawan-kawanya. Ikutkan hati anda, biarlah dia berbual dan melayan anda seorang. Sikap anda itu ketara kelihatan sehingga disedari kawan-kawan anda

50 Tips Cara Memikat Lelaki

Imej
1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka. 2. Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda. 3. Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka. 4. Jujur dan sentiasa merendah diri. 5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka. 6. Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu). 7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut. 8. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati. 9. Jangan terlalu mengongkong. 10. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan. 11. Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati. 12. Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati untuk pertama memikat dirinya. 13. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesu