Top Ad 728x90

Memaparkan catatan dengan label Bisnes. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bisnes. Papar semua catatan

Saat Aku Jatuh buku kisah jatuh bangun usahawan

by


Menjadi seorang usahawan dengan membina empayarnya sendiri bukan datang dengan idea sekelip mata atau masa sehari untuk mencatat kejayaan tetapi perlu dibina dengan pelbagai jerih perih, pengorbanan masa, duit dan tenaga untuk mencapai ke tahap yang membanggakan.

Pastinya kisah cabaran, kecekalan, semangat dan kehidupan usahawan itu mahu dikongsikan bersama dengan masyarakat bagi memberi panduan kepada peniaga baharu apatah lagi kepada golongan muda untuk mengoperasikan perniagaan masing-masing.

Semangat kuat Pengasas syarikat Mamamuda, Izzlin Azhar yang sebelum ini pernah menjadi pengusaha butik dan pengeluar produk penjagaan kesihatan khususnya untuk wanita telah berjaya mengatasi segala cabaran dalam perniagaan sejak tahun 2010 telah membuatkan beliau terpanggil untuk menghasilkan buku bertajuk Saat Aku Jatuh dan Bagaimana Aku Bangkit Semula.

Menurut beliau, buku dengan 196 muka surat itu ditulis berdasarkan pengalaman sendiri menceritakan tentang bagaimana beliau  membina jenama daripada sekecil-kecil modal hinggalah meraih jualan ratusan ribu ringgit kemudian  jatuh dan  terpaksa menutup perniagaan yang diusahakannya selama ini.

Buku ini juga mengambil inspirasi daripada semangat ayah saya sebelum ini yang terlibat dalam jualan beras untuk meningkatkan ekonomi keluarga.

“Ayah gigih berusaha menambah pendapatan dengan mengusahakan perniagaan sendiri yang membekalkan pelbagai barang ke kilang-kilang dan dia juga tidak pernah berhenti daripada memajukan perniagaannya sendiri walaupun telah bersara,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Mengulas lanjut mengenai perjalanan hidupnya dalam dunia perniagaan, Izzlin menerangkan, beliau memulakan bisnes dengan mengusahakan butik dengan menjual pakaian wanita seperti jubah, tudung dan baju kurung moden.

Bagaimanapun, perniagaan di bawah jenama Bakawali Couture tersebut hanya bertahan selama enam tahun sahaja kerana beliau diserang sakit misteri selepas balik daripada menjayakan pertunjukan fesyen Islamik di Jakarta, Indonesia.

“Sakit misteri yang saya alami menyebabkan pemikiran saya bercelaru, hilang fokus, tidak boleh pergi ke pejabat dan secara langsung dan tidak langsung emosi dan kesihatan saya terjejas. Ini menyebabkan saya mengambil keputusan nekad menutup operasi butik pakaian tersebut,” jelasnya.

Setelah kembali pulih, usahawan wanita ini tidak berhenti begitu sahaja, semangatnya terus menyala untuk berjuang dalam bidang bisnes lain  dengan menjual produk penjagaan kesihatan dalaman wanita.

Beliau berpesan, setiap individu yang ingin berniaga perlu mempunyai jiwa yang kental, tabah, sentiasa positif dan mempunyai azam yang tinggi dalam setiap perniagaan yang diusahakan.

“Fahami kehendak pelanggan, dalam masa yang sama perlu mahir mengendalikan aspek perkilangan, pengurusan kewangan syarikat, pengurusan sumber manusia (kakitangan) dan sentiasa peka untuk mengubah eko-sistem perniagaan yang diusahakan.

“Semua elemen ini penting agar, perniagaan yang diusahakan dapat bertahan dan relevan dengan perubahan gaya hidup dan teknologi khususnya melibatkan teknologi komunikasi,” ujarnya.

Sumber dari Kosmo!

Nasihat Untuk Usahawan

by

Oleh Baharuddin Mohamed
http://www.facebook.com/baharuddin.mohamed

Nasihat untuk usahawan

1. Melayu perlu belajar dari bawah.
Bangsa Melayu perlu belajar dari bawah sebelum masuk dunia perniagaan.BUkan sekadar ada wang dan membuka bisnes,namun perlu belajar dengan bekerja dalam bidang tertentu dan memahami selok belok dunia perniagaan .Contohnya jika mahu mmebuka retsoran,bekerja dan melihat situasi dunia perniagaan restoran dari pekerja mmebuat air,tukang masak,pelayan dan sebagainya.Pengalaman dan kemahiran akan membantu kita bila membuka perniagaan.

2. Modal efektif.
Melayu yang mahu berniaga perlu mempunyai modal efektif dan relevan.Contohnya jika mahu membuka bisnes bernilai RM100,000 perlu ada wang tunai RM300,000.RM100,000 untuk bisnes,bakinya untuk pengurusan dan modal menghadapi pelbagai masalah dalam perniagaan.Adalah salah hanya mempunyai RM100,000 jika mahu mmebuka bisnes bernilai RM100,000.

3. Berusaha bersungguh-sungguh.
Melayu perlu berusaha bersunguh-sungguh tanpa jemu.Usaha berterusan sama ada dalam promosi,pemasaran,produk dan sebagainya.Tanpa usaha keras,kejayaan tidak akan datang.

4. Bersabar dalam tempoh lama.
Melayu perlu belajar bersabar kerna bisnes perlukan masa panjang.Dr Mahathir berkata "Saya buka kedai roti dah 5 tahun tapi belum nampak untung...".Perniagaan perlukan masa panjang untuk berjaya,bukan sekelip mata.

5. Mengenai jenis perniagaan.
Melayu perlu mengenali jenis perniagaan dengan baik.Jika buka restoran ,tahu apa jenis masakan,cara promosi,cara menambahkan pelanggan dan sebagainya.

6. Rajin meninjau bisnes.
Melayu perlu rajin keluar dari pejabat dan meninjau dunia perniagaan sama ada produk,pekerja dan segalanya.Sikap Melayu yang hanya terperap dalam pejabat akan menyebabkan kegagalan.

7. Manfaatkan teknologi.
Melayu perlu manfaatkan segala teknologi seperti peralatan mesin moden,internet dan sebagainya.Ini akan membantu melahirkan produk berkualiti dan berjaya dalam pasaran.

8. Sentiasa tambahkan aset.
Melayu perlu sentiasa tambahkan aset seperti pembelian tanah,rumah kedai,emas dan sebagainya kerna harganya akan meningkat.Beliau mengatakan tanah di KL dibeli oleh Pavilion dengan harga RM7000 satu kaki.

9. Belajar dengan bangsa lain.
Melayu perlu belajar dengan bangsa lain.Jika di Malaysia Cina berjaya dalam bisnes,Melayu perlu belajar dengan mereka.Belajar dengan manusia berjaya akan membantu kita berjaya seperti mereka.

10. Ikhlas dalam perniagaan.
Melayu perlu ikhlas menjalankan bisnes,bukan hanya mencari kekayaan namun memanfaatkan kekayaan untuk kebaikan.

11. Menolak mitos.
Ramai Melayu menganggap Cina berjaya kerna menipu sedangkan ia mitos.Hakikatnya Cina berjaya kerna usaha keras dan gigih.Mereka datang ke Tanah Melayu tiada apa-apa dan kini menguasai ekonomi negara.
Beliau menyindir "Kalau ada yang anggap Cina kaya sebab menipu,buatlah!"

12. Mengamalkan peribadi mulia.
Usahawan Melayu perlu mengamalkan sikap positif dalam kehidupan seperti rajin,amanah,tidak menipu dan sebagainya.Setiap amalan baik perlu diterapkan jika mahu berjaya.Manusia yang menipu dan tidak amanah ,kejayaan bersifat sementara dan tidak kekal.

13. Menjauhkan sifat keji.
Melayu perlu menjauhkan sifat keji seperti suka berbohong,mungkir janji,tidak amanah,menjual harga terlampau tinggi,hasad dengki,menjatuhkan bisnes org lain dan sebagainya.Sikap keji adalah punca kebanyakan usahawan Melayu gagal dalam bisnes.

14. Jangan terlalu bergantung dengan tender kerajaan.
Melayu tidak boleh bergantung dengan tender kerajaan kerna kuota terhad dan jumlah usahawan yang ramai.Melayu sepatutnya mempunyai produk yang boleh berjaya di pasaran sama ada dalam dan luar negara.

15. Mempunyai network.
Melayu perlu mempunyai network agar saling bantu membantu sesama bangsa.Amalan ini telah diterapkan bangsa Cina dan mereka berjaya...

16. Membayar hutang dengan baik.
Melayu perlu membayar hutang dengan baik dan menguruskan perniagaan dengan betul.Hutang wajib dibayar walaupun satu sen.Ramai Melayu mengabaikan hutang dan ini menyusahkan pihak yang memberi pinjaman.Mereka yang tidak membayar hutang bukan sahaja menyusahkan dirinya sendiri,namun menyusahkan pihak lain.




Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90