Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Agama

Bolehkah wanita berkuku panjang?

Imej
Tabiat menyimpan kuku panjang ini adalah merupakan perbuatan yang berlawanan dengan fitrah. Malah, ia bertentangan dengan sunnah Nabi s.a.w. Berbagai alasan dicipta semata untuk mengiyakan perbuatan memanjangkan kuku ini, antaranya adalah sebagai kecantikan dan yang anehnya adalah sebagai  senjata mempertahankan diri. Persoalannya, boleh atau tidak wanita berkuku panjang dengan alasan sebagai senjata mempertahankan diri? Menjawab persoalan ini, Al Islam telah berjumpa dengan Pensyarah Kanan di Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Muhammad Adib Samsudin bagi mengupas isu yang diketengahkan. Menurut beliau, apabila kita berbicara persoalan berkaitan dengan kuku, kita tidak boleh lari daripada sabda Rasulullah s.a.w. “Fitrah itu lima perkara, berkhitan, membuang bulu di sekitar kemaluan, mencabut bulu ketiak, mengerat kuku dan menggunting misai.”  (HR Bukhari dan Muslim). Berdasarkan hadis ini jelas menunjukkan bahawa memotong kuku itu merupa

Jangan mudah terpengaruh dakwaan kedatangan Imam Mahadi

Imej
  Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor meminta umat Islam tidak memberi perhatian yang berlebihan mengenai isu kedatangan Imam Mahadi. Katanya, ini berikutan banyak dakwaan mengenai kelahiran Imam Mahadi oleh pelbagai pihak akhir-akhir ini, dibimbangi boleh mengelirukan masyarakat Islam, terutama mereka yang kurang dari segi pengetahuan agama. Beliau berkata, umat Islam masih memiliki dua sumber sahih bagi dijadikan pedoman dan panduan kehidupan iaitu al-Quran dan Sunnah Nabawiyyah, maka berpegang kepada kedua-duanya sudah cukup bagi membangun kehidupan yang baik, maju dan mulia. "Dalam kalangan masyarakat Islam termasuk di Malaysia, kepercayaan berhubung kelahiran Imam Mahadi ini bersumberkan puluhan hadis, antaranya ada yang sahih, namun kebanyakannya adalah daif," katanya menerusi kenyataan, hari ini. Wan Salim berkata, dalil mengenai kelahiran Imam Mahadi yang dinanti itu sering dijadikan objek perbincangan dalam kalangan ulama, namun tiada dalil menu

Ayam jantan berkokok tanda kehadiran Malaikat

Imej
  Semua orang pasti pernah mendengar ayam jantan berkokok tidak kiralah sama ada pada waktu siang ataupun malam. Namun tahukah anda bahawa setiap kali ayam jantan itu berkokok menandakan ia sedang melihat malaikat. Perkara ini adalah sahih seperti yang dikongsi bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri di laman Facebooknya hari ini. Menurut Zulkifli ayam jantan berkokok disebabkan haiwan itu melihat malaikat adalah benar sebagaimana Rasulullah SAW menyebutnya di dalam hadith yang sahih. Justeru katanya, kita digalakkan untuk berdoa kepada Allah SWT ketika kehadiran malaikat dengan harapan moga-moga Malaikat mengaminkan doa kita. “Rasulullah SAW menjadikan bunyi kokok ayam jantan, sebagai tanda kebaikan, iaitu datangnya Malaikat dan kita dianjurkan berdoa. “Hal ini menunjukkkan keistimewaan ayam jantan,” katanya. Mengulas lanjut Zulkifli berkata, ayam jantan juga memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki binatang la

Doa Akhir Tahun 1430 & Awal Tahun 1431 Hijrah

Imej
DOA AKHIR TAHUN Sempena akhir tahun hijrah pada petang 17 Disember 2009 (30 Zulhijjah 1430), kita dianjurkan supaya berdoa pada waktu asar. Dibaca 3 kali pada penghujung waktu Asar, sebelum masuk waktu Maghrib. Dengan izin Allah, orang yang berdoa akan mendapat perlindungan Allah dari fitnah dan tipu daya syaitan dari semua dosa selama setahun yang lalu. Maksudnya: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Semoga Allah cucurkan Rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Ya Allah wahai Tuhanku, perkara-perkara yang telah aku lakukan daripada perbuatan-perbuatan yang Engkau larang dalam tahun ini maka aku belum bertaubat daripadanya padahal Engkau tidak meredhainya dan Engkau tidak melupakannya (Tuhan yang tidak bersifat lupa) dan Engkau berlembut tidak mengazabku malah memberi peluang supaya aku bertaubat selepas aku melakukan maksiat itu. Maka aku memohon keampunanMu. Ya Allah, ampunilah aku dan mana-m