Top Ad 728x90

, , ,

Planet ‘comel’ dekati Bumi pada 2031

 

Sebuah planet minatur yang mengorbit setiap 600,000 tahun akan mendekati Bumi buat pertama kalinya dalam masa terdekat, lapor akhbar New York Post semalam.

Batu angkasa 2014 UN271 itu telah memasuki sistem suria dalaman dan akan mencapai titik terdekatnya dengan Bumi pada tahun 2031.

Badan cakerawala itu terlalu besar untuk disifatkan sebagai komet dan terlalu kecil untuk dianggap sebagai planet, menjadikan ia sangat eksentrik.

Objek tersebut sudah semakin hampir dengan matahari berbanding planet Neptun dan dalam masa sedekad, ia akan berada pada kedudukan yang sama seperti Saturn.

Kali terakhir 2014 UN271 berada begitu hampir dengan Bumi adalah 612,190 tahun lalu. Semenjak itu, ia menghabiskan waktu mengorbit Oort Cloud iaitu bahagian luar sistem solar. 

Batu ruang angkasa itu dianggarkan hanya seluas 99 hingga 370 kilometer namun ukurannya dilaporkan lebih besar berbanding objek yang direkodkan di Oort Cloud.

“Itu meletakkannya pada skala yang sama, jika tidak lebih besar daripada komet besar Sarabat C / 1729 P1 dan hampir pasti ia merupakan objek Oort Cloud terbesar yang pernah ditemui,” kata ahli astronomi, Sam Deen dalam satu hantaran di forum Senarai Mel Minor Planet (MPML).

Dalam senario terbaik bagi ahli astronomi amatur, UN271 2014 akan menjadi terang seperti Pluto ketika menghampiri Bumi, sebelum kembali bergelap yang sejuk di pinggir luar sistem suria.

Jarak perjalanan pergi dan balik adalah 60.000 AU dan satu AU sama dengan jarak antara Bumi dan matahari iaitu 93 juta batu.

Sumber dari Agensi

 

 

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90