Beza GST dan SST - BLOG ADHA

Home Top Ad

Post Top Ad

Jumaat, 20 Julai 2018

Beza GST dan SST


Membandingkan antara GST dan SST dengan membuat pengiraan mudah kadar GST dan SST setiap produk adalah kurang tepat. Ini kerana GST dan SST adalah dua sistem yang berbeza dari segi mekanisme. GST dikenakan ke atas semua peringkat berdasarkan kepada setiap unit barangan sementara SST adalah berdasarkan nilai jualan secara pukal.

Dari sudut kerajaan, GST lebih menguntungkan kerana kutipan lebih tinggi, lebih telus dan merangkumi di semua peringkat perniagaan. Sementara SST hanya dikenakan kepada pengeluar (pengilang). Ada kemungkinan akan berlaku ketirisan dan penipuan yang merugikan kerajaan.

Dari sudut peniaga, GST lebih baik berbanding SST kerana di bawah GST, peniaga boleh membuat tuntutan bayaran balik dari pihak kastam. Sementara di bawah SST, tiada tuntutan boleh dibuat.

Dari sudut pengguna pula, GST dilihat lebih membebankan mereka kerana cukai terpaksa dibayar oleh mereka. Dari segi psikologi juga pengguna akan merasa tertekan melihat nilai caj GST yang mereka bayar dicatat di atas resit. Namun jika di bawah SST, kos cukai jualan ini tidak dicatat di dalam resit pembelian. Ia telah terangkum di dalam harga barangan.

Baik atau buruk GST dan SST, pengguna telah membuat keputusan di dalam PRU14 yang lepas di mana mereka tidak rela untuk menerima rejim GST. Jadi, setakat ini hanya SST jalan terbaik untuk kerajaan mengutip hasil jualan.

Adha Zain
20 Julai 2018

https://www.facebook.com/mdadha/posts/2251451114869561

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Post Top Ad