Rabu, 18 Julai 2018

Anak dijangkiti HFMD



Alhamdulillah, hari ini hari terakhir kuarantin HFMD anakanda baby Maryam. Ulser di mulut dan bintik-bintik di kaki dan tangan sudah baik. Kami hanya sapu losyen calamine dan ubat antibiotik seperti arahan doktor.

Jika anak anda mempunyai bintik-bintik merah dan ulser di lelangit mulut, segera bawa anak ke klinik berdekatan supaya mereka mendapat rawatan sewajarnya.

Ibu bapa yang bekerja sebagai kakitangan awam boleh memohon cuti kuarantin selama lima hari. Surat pengesahan akan dikeluarkan oleh doktor.

#keshfmd
Disqus Comments