Blogger Informasi | Kerjaya | Bisnes | Blogging | Peperiksaan Kerajaan

WhatsApp perkenal ciri padam mesej


Anda pernah tersalah hantar mesej tidak sepatutnya kepada penerima yang bukan orang dituju melalui WhatsApp?

Pastinya sesuatu yang memalukan apabila mesej tersebut mengandungi maklumat rahsia dan peribadi yang tidak sewajarnya diketahui orang lain.

Kini anda tidak perlu bimbang kerana kemas kini terbaharu WhatsApp memperkenalkan ciri memadam mesej yang baru dihantar dalam tempoh masa tertentu.

Melalui ciri yang terdapat pada sistem operasi Android, iPhone serta Windows Phone ini, anda boleh memilih sebarang mesej yang tersalah hantar dan memadamnya dalam perbualan individu serta kumpulan.

Berikut langkah-langkah mudah yang perlu diikuti untuk memadam mesej anda:

1. Langkah pertama, pilih mesej berkaitan yang anda ingin padam.

2. Tekan pada mesej yang ingin dipadam selama tiga saat hingga muncul paparan pilihan.

3. Kemudian, anda boleh memilih sama ada memadam mesej hanya pada peranti anda sahaja (pihak kedua masih boleh membacanya), atau memadam mesej untuk semua pembaca dalam perbualan tersebut.

4. Paparan mesej anda akan diganti dengan mesej 'You deleted this message'.



5. Akhir sekali, mesej berkenaan haruslah dipadam dalam tempoh kurang tujuh minit dan selepas tempoh itu, mesej yang dipilih tidak boleh dipadam lagi.

Mesej yang telah dipadam akan digantikan dengan mesej 'You deleted this message'.
Labels: cara padam mesej whatsapp, ciri padam mesej, whatsapp

Thanks for reading WhatsApp perkenal ciri padam mesej. Please share...!

0 Comment for "WhatsApp perkenal ciri padam mesej"

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.



Back To Top