Top Ad 728x90

, , ,

Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin

pinggan tak retak nasi tak dingin



Drama adaptasi dari novel Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin karya Umi Syidah menghiasi slot Akasia TV3 bermula 10 Julai 207, setiap Isnin hingga Khamis jam 6.58 petang. Drama sebanyak 28 episod ini menampilkan gandingan Raysha Rizrose, Azrel Ismail, dan Idris Khan. Drama terbitan Country & Universal Sdn Bhd ini diarahkan oleh Nizam Zakaria. 

Ia mengisahkan sehari sebelum majlis perkahwinannya, Yuhanis (Raysha Rizrose) dikejutkan dengan berita tunangnya, Sharul Nizam (Azrel Ismail) enggan menikahinya. Nizam menghubungi keluarganya bahawa dia telahpun berkahwin dengan Shila (Zera Hariz) dalam diam di UK. Bimbang maruah keluarga tercemar, Yuhanis menebalkan muka merayu dan memaksa supaya Saiful Mizan (Idris Khan) merangkap abang kepada Sharul Nizam supaya mengahwininya.

Pada mulanya Mizan, menolak sekerasnya kerana tidak tidak mahu menjadi pak turut. Mizan juga masih trauma dengan perceraiannya dua tahun lalu dan serik untuk berkahwin. Namun akhirnya Mizan bersetuju dengan bersyarat. Dia tidak mahu diganggu dan menganggap ikatan perkahwinan hanya bersifat sementara. Kata-kata Mizan memakan diri apabila lama-kelamaan dia mula terpaut hati dengan Yuhanis gara-gara sifat Yuhanis yang penyabar dan patuh kepadanya walaupun tidak dilayan selayaknya.

Semantara itu, Nizam pulang bersama isterinya Shila. Ahli keluarganya amat terkejut apabila mengetahui Shila sudahpun hamil sebelum berkahwin. Nizam yang lurus bendul sangkakan kandungan itu ialah anaknya. Nizam sedar dan merasakan bahawa dirinya telah dipergunakan oleh Shila. Shila pula terancam dengan Yuhanis. Dia sering mengesyaki Yuhanis mempunyai rancangan untuk merampas suaminya.

Konflik bermula apabila Suraya (Aprena Manrose), bekas isteri Mizan tiba-tiba muncul kembali di dalam hidup Mizan. Suraya ingin merebut kembali cintanya kerana menyesal dengan perpisahan mereka. Selepas mendapat tahu bahawa Mizan sudah beristeri, pelbagai masalah kerap terjadi di dalam hidup Suraya lantas menyebabkan dia sedar sebenarnya tiada lelaki lain sebaik Mizan.

Rumah tangga Mizan dan Yuhanis mula bergoyah, kebahagiaan dan kasih sayang mereka yang baru berputik mula diuji. Mizan hampir-hampir menceraikan Yuhanis dan tewas kepada godaan Suraya yang berniat jahat itu. Terdapat rahsia yang belum terlerai, cinta yang tidak terucap, dan perkara yang belum selesai dalam keluarga ini. Mampukah Yuhanis mengharungi segala cabaran yang melanda rumah tangganya itu?

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90