Top Ad 728x90

Pesanan Ustaz Mohd Nassru Abdul Latif

by
Pesanan dari seorang ustaz, Ustaz Mohd Nassru Abdul Latif

 1. Bila hari terima gaji, jangan dilupa ibu dan ayah. Perkara pertama buat, beri wang untuk mereka dahulu. Banyak atau sedikit, itu tidak penting. Walau mereka berdua mungkin sudah berpendapatan, tetapi berikan kepada mereka sebagai hadiah. Percayalah, duit gaji kita akan cukup!

 2. Jangan dilupa "Tabung Haji", memotong melalui potongan gaji lebih baik. Anda tahu, bila kita sudah mendaftar haji, ia bermakna "Nawaitu" itu telah ada!

 3. Sebagai seorang ayah, ingat kembali urusan anak. Aqiqahkan mereka dahulu, sebelum anda membeli kereta baru atau TV LED baru atau sebelum menukar sport rim baru!

 4. Sebagai seorang isteri yang bekerja, bantulah suami! Tidak salah jika isteri berkata "Duit I, Duit I, Duit suami, Duit I! Tapi, redha itu lebih penting. Suami pula jangan ambik kesempatan atas kebaikan isteri!

 5. Sebagai isteri yang tidak bekerja, redha dengan apa yang ada. Jangan merungut! Tiada suami yang mahukan kekurangan dalam keluarga. Redha dan selalu bersyukur itu penting untuk kebahagian hidup.

 6. Lihat ahli keluarga yang terdekat, siapa yang perlu dibantu? Orang susah, anak yatim? Rezeki kita akan sentiasa cukup jika mendahulukan orang yang dekat!

 7. Jangan kedekut tetapi jangan pula terlalu boros! Memberi makan merupakan sedekah yang sangat mudah. Sekali sekala, apa salahnya belanja kawan-kawan dan saudara mara.

Cara Turunkan dan Hilangkan Kuning Bayi

by


Buah Delima (Punica Granatum), Kuchai Cina (Allium Schoenoprasum) dan Buah Keranda (Gardenia Carinata). Ketiga-tiga herba ini telah dibuktikan secara kajian ilmiah mempunyai bahan alami yang diperlukan dalam penyembuhan penyakit Demam Kuning Bayi (Neo-natal Jaundice). Mandian Nuraz ini mengunakan 100% herba tempatan serta tidak mengandungi bahan  kimia sintetik mahupun bahan pengawet tiruan.

Merawat sakit kuning bayi

RAMUAN:
Buah keranda
Daun lio
Daun inai
Daun semambu
Daun belimbing buluh
Daun dukung anak
Daun2 herba lain yang terpilih

Cara menggunakannya:
- Rendamkan 1 sachet mandian herba ke dalam 4 liter air selama 15 minit terlebih dahulu & masak sehingga mendidih. Kecilkan api & renehkan selama 15 minit lagi. Sejukkan air tersebut sehingga suhu yang sesuai untuk memandikan bayi anda (jangan dicampur dengan air lain untuk mengelakkan khasiat herba hilang).
- Bersihkan/mandikan bayi anda terlebih dahulu kemudian pada bilasan yang terakhir ratakan air MANDIAN HERBA KUNING  BABYlicious ini dari kepala hingga kaki & rendamkan bayi anda seketika. 
- Tidak perlu dibilas dengan air setelah menggunakan mandian ini

Rawatan tradisional 100% herba dari tumbuh-tumbuhan organik.  Dipercayai turun temurun.

Selain itu, ada beberapa cara lain untuk:

- Cara hilangkan kuning bayi
- Petua hilangkan kuning bayi
- Bayi kuning
- Cara hilangkan kuning bayi dengan cepat
- Kuning bayi
- Cara hilangkan kuning baby

1. Jus anggur hitam

2. Air zamzam dengan kurma

3. Jus sengkuang cina

4. Mandikan dengan air kucai

5. Susu kambing

6. Buah oren masam yang dimakan oleh si ibu dan disusukan pada bayi. Bila bayi buang air besar kuningnya akan turun.

7. Kalau umur bayi lima hari ke atas, ambil ubat kuning di klinik atau farmasi. Ubat klinik ni dikatakan berkesan turunkan kuning baby.

8. Air kacang bendi

9. Air kundur

10. Ambil ubat homeopathy

11. Cuka nipah dicelup sedikit pada tisu, dan tisu tu dicalitkan pada dahi bayi. Lakukan sekali sehari.

12. Dedah bayi pada cahaya biru ultra violet. Dalam rumah jugak dipasang lampu siang dan malam. Boleh juga sewa saja lampu yang diguna untuk photherapy itu.

13. Mandikan bayi dengan air taugeh.

14. Kerapkan menyusu supaya baby kerap kencing dan berak.

15. Makan buah tin masa mengandung. Hasilnya, paras hb kekal tinggi dan bayi tidak kena kuning.

16. Perbanyakkan minum susu kambing selepas bersalin dan sepanjang berpantang. Kemudian perbanyakkan menyusukan bayi.

17. Boleh gunakan air cap badak untuk mandikan bayi.

18. Gunakan mandian kuning Nuraz.

19. Gunakan daun belimbing buluh dalam mandian bayi.

Yang paling penting pastikan bayi kerap buang air besar dalam sehari. Sebab bilirubin boleh tersingkir melalui najis bayi. Jika susu badan kurang mencukupi, dicadangkan beri susu formula sebagai tambahan supaya bayi kerap berak. Kalau boleh beri setiap jam dalam kadae 1 oz. Susu yang dicadangkan adalah Similac LF.

Pusat Rawatan Ibu Anak Hospital Kuala Terengganu Terbaik

by

Alhamdulillah, Ibu dan bayi sudah boleh keluar wad dan pulang ke rumah. Pusat Rawatan Ibu dan Anak (PRIBA), Hospital Sultanah Nur Nazirah (HSNZ) Kuala Terengganu ini memang terbaik. Fasiliti setaraf IJN dan hospital swasta. Staf hospital termasuk bahagian keselamatan juga terbaik, mesra dan banyak membantu. Boleh dijadikan contoh kepada hospital kerajaan yang lain. Saya bagi lima bintang. 

15 Julai 2017 Lahirnya Seorang Puteri

by

Alhamdulillah. Berkat doa semua, seorang puteri telah selamat dilahirkan pada jam 11.39 pagi Sabtu, 15 Julai 2017 di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Kalau ada nama sesuai bolehlah cadangkan sebab anak ketiga ini doktor tak dapat sahkan lelaki atau perempuan sehinggalah lahir hari ini. :)

Nama abang:
1. Muhammad Ahsan Umar
2. Muhammad Ayden Uwais

Waspada demam berpanjangan

by

 

Serangan meningitis atau jangkitan kuman pada lapisan otak boleh menyebabkan komplikasi serius termasuk sawan berterusan serta koma sekiranya tidak dirawat segera.

Meningitis adalah istilah perubatan berasal daripada dua perkataan latin iaitu pertama "meninges" iaitu lapisan yang menyaluti otak dan kedua "itis" yang bermakna keradangan pada lapisan atas otak akibat jangkitan pelbagai jenis kuman.

Kanak-kanak berusia bawah lima tahun paling mudah terkena jangkitan meningitis berbanding dengan kanak-kanak lain atau remaja.

Ini disebabkan faktor sistem ketahanan badan yang masih belum matang dan mudah terdedah.

Pakar Perunding Pediatrik dan Neurologi Pusat Perubatan Prince Court, Dr Mohd Feizel Alsiddiq Mohd Fakharuddin, berkata meningitis jarang berlaku tetapi apabila menyerang berpotensi menyebabkan kehilangan nyawa.

Beliau berkata, bagi orang dewasa atau kanak-kanak berusia lebih lima tahun, biasanya mengadu demam, sakit kepala yang teruk, muntah-muntah, sakit pada tengkuk dan sekiranya kritikal boleh terkena sawan dan koma.

"Masalah dengan kanak-kanak yang belum pandai bercakap, gejalanya sukar dilihat kecuali demam, menangis tanpa henti, meragam berlebihan, sawan, letih tidak bermaya, kurang responsif, banyak tidur dan muntah berpanjangan," katanya.

Meningitis menyebabkan demam tinggi dengan suhu antara 39 sehingga 40 darjah Celsius disertai dengan sawan berulang-ulang.

Dalam keadaan sedemikian, katanya ubun kepala (anterior fontanelle) anak biasanya akan bengkak atau kelihatan benjol. Anak tadi kelihatan lemah dan tidak bermaya apabila mengalami meningitis.

Kanak-kanak terbabit juga boleh menjadi lemah sebelah badan dan tengkuk menjadi keras menyebabkan mereka menangis apabila menggerakkannya.

"Terdapat beberapa bakteria yang menjadi punca jangkitan iaitu bakteria pneumokokal, E coli, Haemophilus Influenza B dan meningokokal.

"Virus denggi, enterovirus dan Japanese Encephalitis (JE) serta kuman Tuberkulosis (TB) juga boleh menyebabkan serangan meningitis dan yang terkini adalah Virus Rabies di Sarawak " katanya.

Jangkitan kuman boleh dikesan melalui pemeriksaan darah dan seterusnya disahkan dengan prosedur pengambilan air tulang belakang (lumbar puncture).

Sekiranya pesakit disahkan mengalami meningitis, mereka perlu dirawat segera.

Rawatan termasuk memberikan pesakit antibiotik intravenous secepat mungkin kerana lebih lama kuman terdapat di dalam otak, lebih cepat ia merebak dan menyebabkan banyak komplikasi serta penyakit lebih kritikal.

Antara komplikasi berkenaan adalah tekanan otak yang tinggi dan boleh menyebabkan sawan berulang, koma, nanah di dalam kepala dan strok.

Serangan jangkitan meningitis boleh dicegah dengan vaksin yang termasuk di dalam program imunisasi kebangsaan seperti Haemophilus Influenza B (HiB).

Vaksin pneumokokal juga berkesan dan digalakkan diambil walaupun tidak tersenarai dalam program ini bagi melindungi anak daripada meningitis.

INFO

Jenis vaksin mencegah meningitis:

  • 1. Haemophilus Influenza B (Sesuai untuk bayi berusia dua bulan, tiga bulan dan empat bulan).
  • 2. Pneumokokal (Bayi dua bulan ke atas).
  • 3. Meningokokal (untuk warga yang ingin mengerjakan umrah atau haji).
  • 4. Japanese Encephalitis ( untuk kanak-kanak yang tinggal di negeri Sarawak)

Cara mencegah meningitis:

  • Mengambil vaksin yang disarankan.
  • Mendapat rawatan segera jika bayi kecil didapati tidak sihat.
  • Kuatkan sistem imun anak dengan memberi susu ibu, makanan seimbang dan berzat.
  • Memastikan saiz badan anak dan tumbesaran fizikalnya adalah normal.
  • Sekiranya ada ahli keluarga mengalami meningitis, ahli keluarga lain perlu dikuarantin dan mendapatkan antibiotik tertentu. 

Sumber daripada Berita Harian

 

 

 

 

 

Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin

by


Drama adaptasi dari novel Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin karya Umi Syidah menghiasi slot Akasia TV3 bermula 10 Julai 207, setiap Isnin hingga Khamis jam 6.58 petang. Drama sebanyak 28 episod ini menampilkan gandingan Raysha Rizrose, Azrel Ismail, dan Idris Khan. Drama terbitan Country & Universal Sdn Bhd ini diarahkan oleh Nizam Zakaria. 

Ia mengisahkan sehari sebelum majlis perkahwinannya, Yuhanis (Raysha Rizrose) dikejutkan dengan berita tunangnya, Sharul Nizam (Azrel Ismail) enggan menikahinya. Nizam menghubungi keluarganya bahawa dia telahpun berkahwin dengan Shila (Zera Hariz) dalam diam di UK. Bimbang maruah keluarga tercemar, Yuhanis menebalkan muka merayu dan memaksa supaya Saiful Mizan (Idris Khan) merangkap abang kepada Sharul Nizam supaya mengahwininya.

Pada mulanya Mizan, menolak sekerasnya kerana tidak tidak mahu menjadi pak turut. Mizan juga masih trauma dengan perceraiannya dua tahun lalu dan serik untuk berkahwin. Namun akhirnya Mizan bersetuju dengan bersyarat. Dia tidak mahu diganggu dan menganggap ikatan perkahwinan hanya bersifat sementara. Kata-kata Mizan memakan diri apabila lama-kelamaan dia mula terpaut hati dengan Yuhanis gara-gara sifat Yuhanis yang penyabar dan patuh kepadanya walaupun tidak dilayan selayaknya.

Semantara itu, Nizam pulang bersama isterinya Shila. Ahli keluarganya amat terkejut apabila mengetahui Shila sudahpun hamil sebelum berkahwin. Nizam yang lurus bendul sangkakan kandungan itu ialah anaknya. Nizam sedar dan merasakan bahawa dirinya telah dipergunakan oleh Shila. Shila pula terancam dengan Yuhanis. Dia sering mengesyaki Yuhanis mempunyai rancangan untuk merampas suaminya.

Konflik bermula apabila Suraya (Aprena Manrose), bekas isteri Mizan tiba-tiba muncul kembali di dalam hidup Mizan. Suraya ingin merebut kembali cintanya kerana menyesal dengan perpisahan mereka. Selepas mendapat tahu bahawa Mizan sudah beristeri, pelbagai masalah kerap terjadi di dalam hidup Suraya lantas menyebabkan dia sedar sebenarnya tiada lelaki lain sebaik Mizan.

Rumah tangga Mizan dan Yuhanis mula bergoyah, kebahagiaan dan kasih sayang mereka yang baru berputik mula diuji. Mizan hampir-hampir menceraikan Yuhanis dan tewas kepada godaan Suraya yang berniat jahat itu. Terdapat rahsia yang belum terlerai, cinta yang tidak terucap, dan perkara yang belum selesai dalam keluarga ini. Mampukah Yuhanis mengharungi segala cabaran yang melanda rumah tangganya itu?

Introducer Current Account Maybank dan CIMB Bank

by


Jika anda ingin membuka Akaun Semasa (Current Account) Maybank / CIMB Bank untuk akaun perniagaan dan perlukan bantuan sebagai introducer, anda boleh whatsapp saya 013 979 0000.

Introducer tidak semestinya berada di cawangan yang sama. Jadi, jika saya di Terengganu dan anda di Kuala Lumpur, anda boleh membuka akaun di Maybank Kuala Lumpur. Introducer juga tidak perlu ada semasa pembukaan akaun. Introducer hanya perlu mengisi borang dan menandatangani "Letter of Introduction".

Permohonan menjadi Guru MARA di MRSM

by

Kepada yang berminat untuk menjadi Guru bolehlah memohon sebagai Guru MARA aka Guru MRSM. Lepasan Ijazah tanpa pengkhususan pendidikan atau Diploma Pendidikan juga boleh memohon.

Nama Jawatan : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 atau Guru MARA
Gaji : RM 2,188.00 – RM9,552.00
Kelayakan : Ijazah Sarjana Muda / Sarjana / Doktor Falsafah

Bidang dan subjek
– Bahasa Melayu
– Bimbingan & Kaunseling
– Biologi
– Fizik
– Kimia
– Media
– Pendidikan Senireka / Visual
– Sains Komputer
– Geografi
– Sejarah / Sivik
– Pengurusan Perniagaan
– Perakaunan
– Ekonomi
– Matematik
– Pendidikan Jasmani
– Pendidikan Islam
– Pendidikan Islam (Tahfiz)
– Kemahiran Hidup
– Komputer Multimedia & Animasi
– Rekabentuk Fesyen

atau

Permohonan hendaklah dibuat secara online melalui Sistem Permohonan Jawatan Dalam MARA: http://apps.mara.gov.my/vacancy2/

Tarikh Tutup Permohonan adalah pada 19 Julai 2017

Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90