Top Ad 728x90

,

Kelebihan Sayur-Sayuran




1) Timun - Membantu Dalam Penurunan berat badan dan Penghadaman
Disebabkan kandungan air yang tinggi dan kalori yang rendah, timun adalah sumber yang ideal untuk orang-orang yang ingin menurunkan berat badan. Gunakan timun dalam sup dan salad anda. Boleh juga dijadikan makanan ringan kegemaran anda, anda boleh makan potongan timun yang dicicah dengan yogurt rendah lemak.

Mengunyah timun memberikan rahang anda senaman yang baik dan serat di dalamnya baik untuk penghadaman. Ambil timun sebagai makanan harian sebagai bantuan untuk sembelit kronik.

2. Tomato - membentuk otot tubuh sangat ideal sebagai makanan pendamping yang sihat. Untuk mendapatkan otot yang kuat dan sihat, tidak hanya buah ini saja tapi anda perlu berolahraga dengan teratur.

3. Capsicum - Benggala sama ada merah,kuning atau hijau semuanya adalah berKHASIAT.
Di samping itu capsicum ni sesuai dibuat snek semasa kita dalam pemprosesan tengah diet kan!! Tapi bukan makan terus macam tu...mesti la mempunyai beberapa Protein dan Vitamin seperti daging , ayam , ikan dan sedikit timun ke tomato ke kubis ke buat mcm sayur kfc tu pastu balut dengan lada.

Capsicum bertindak sebagai agen penyembuhan badan - Catalyst Herbs. Ia membantu masalah gastrousus seperti ulser perut, cirit birit dan dispepsia dan juga mengurangkan masalah kembung perut.

Capsicum mempunyai tahap vitamin A dan C yang tinggi dan bertindak sebagai antioksida yg sangat bagus. Antioksida membantu untuk menghalang kerosakan radikal bebas dlm sel-sel saraf dan saluran darah.

Capsicum membantu untuk menurunkan paras gula dalam darah dan menormalkan semula tekanan darah.

4. Sayur salad - Salad hijau memberi kesan yang baik pada penghadaman. Ini kerana sayuran ini kaya nutrien seperti vitamin A, asid folik, fiber, magnesium, potasium dan fosforus membuatkan perut terasa lebih kenyang sekali gus menurunkan berat badan.

Selain itu sayuran ini juga mengandungi beta karotin yang baik untuk sistem imunisasi dan mencegah kanser. Memakan sayur-sayuran setiap hari menjadikan badan lebih beralkali. Ini kerana jika kandungan asid terlalu tinggi dalam badan, penyakit akan mudah singgah dan memberi kesan buruk kepada kesihatan.

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90