Search here and hit enter....

Kelebihan Siaran TV Digital



Selama ini kita hairan kenapa kualiti siaran tv analog berbeza di antara satu saluran dengan saluran yang lain. Sebenarnya setiap saluran itu dipancar dari lokasi berbeza dengan gelombang yang berbeza. Di Terengganu sebagai contoh, saluran TV1, TV2, TV3 dipancar dari Bukit Besar menggunakan gelombang VHF sementara TV9 dan TV Al Hijrah pula menggunakan gelombang UHF.

ntv7 pula dipancar dari Bukit Jerung, Marang menggunakan gelombang UHF. Lokasi lain pemancar di Terengganu adalah Bukit Bauk, Dungun untuk TV1, TV2 dan TV3. Pemancar di Bukit Bintang, Besut pula untuk TV1 dan TV2 di kawasan Besut. Sementara Pemancar di Bukit Durian Mas untuk TV1 dan TV2 di daerah Kemaman dan Hulu Dungun.

Dengan pengenalan TV Digital MYTV, pengguna hanya perlu tembak antenna UHF ke arah Pemancar MYTV di Bukit Besar untuk menerima pelbagai saluran TV1, TV2, TV3, ntv7, 8TV, TV9, TV Al Hijrah, TVi, Bernama TV dan pelbagai saluran lain yang akan diperkenalkan kelak. Itu kelebihan TV Digital yang hanya menggunakan satu gelombang untuk pelbagai saluran.

Signal TV Digital di Bukit Besar boleh sampai sehingga ke jarak 120 km dari stesen pemancar meliputi Kuala Terengganu,Kuala Nerus, Marang, Hulu Terengganu dan Setiu. Pengguna di Kemaman dan Dungun pula boleh tembak antenna ke pemancar di Bukit Pelindung, Kuantan sementara pengguna di Besut, tembak antenna ke arah pemancar di Bukit Bakar, Machang.

Untuk menerima Siaran TV Digital perlu ada dekoder DVB-T2.


Advertisement

BERIKAN KOMENTAR ()