Selasa, 11 Oktober 2016

Kena ludah hantu. Mitos atau penyakit kulit?



Pernah dengar "kena ludah hantu"?. Masa kecil dahulu, saya pernah kena ludah hantu iaitu selepas naik dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu. Saya pun tak pasti kenapa orang Melayu kita memanggilnya dengan nama kena ludah hantu. Namun dari segi perubatan, ia adalah salah satu penyakit kulit yang dipanggil Urticaria.

Dalam istilah perubatan, keadaan ini dipanggil "urticaria". Urticaria adalah bengkakan merah jambu yang gatal (wheals) dan berlaku secara setempat pada mana-mana bahagian kulit dan akan merebak kecuali bahagian kuku dan rambut sahaja. Kesan merah-merah ini akan kelihatan beberapa minit atau berjam-jam lamanya sebelum pulih sepenuhnya dalam tempoh masa 48 jam tanpa meninggalkan sebarang kesan. Bagi sesetengah orang, urticaria ini akan pulih dalam tempoh beberapa hari atau minggu.

Urticaria dihasilkan akibat kebocoran cecair melalui saluran darah kecil pada kulit. Perubahan tersebut berlaku akibat pembebasan satu bahan kimia asli iaitu histamine (a chemical - neuro-transmitter- that your body produces when you're having an allergic reaction) daripada sel mast yang terdapat di sepanjang salur darah pada kulit.

APAKAH FAKTOR BERLAKUNYA URTICARIA?

- alahan pada ubat-ubatan termasuklah antibiotik (penisilin, sulphunamide), ubat demam atau tahan sakit (paracetamol, aspirin).
- alahan kepada makanan (kacang, telur, kerang) atau gigitan serangga yang menghasilkan antibodi.
panas terik matahari
- kesejukkan melampau
peluh
- stress dan ketegangan
- demam yg disebabkan virus atau bakteria
namun dalam kebanyakkan kes, punca urticaria gagal dikenalpasti.

RAWATAN

Doktor biasanya akan memberikan pesakit dengan anti-hestamine untuk menangani masalah urticaria ini. Bagi pesakit urticaria kronik, mereka perlu mengambil anti-hestamine setiap malam untuk jangkamasa yang lama. Dalam kebanyakkan kes, uctacaria akan hilang sepenuhnya dalam masa rawatan 6 bulan. Krim atau losyen yang diberikan oleh doktor akan membantu mengurangkan rasa gatal dan ruam merah.

NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 

Delivered by FeedBurner