Blogger Informasi | Kerjaya | Bisnes | Blogging | Peperiksaan Kerajaan

Hukum Isteri Tinggikan Suara Pada Suami


Para isteri perlu sedar akan tanggungjawab mereka menunaikan hak-hak suami. Selain dari mentaati suami, isteri wajib berlemah lembut dengan suami, menjaga perasaan suami, bersyukur dan menerima seadanya apa saja pemberian suami.

Isteri dilarang meninggikan suara kerana walaupun perkara tersebut bukan dianggap sebagai nusyuz, akan tetapi ia boleh saja menjadi sebagai permulaan isteri berlaku nusyuz terhadap suaminya.

Isteri juga diperintahkan untuk menjaga kehormatan dirinya dan harta suami ketika ketiadaan suaminya sebagaimana firman Allah.

“Maka perempuan-perempuan yang shaleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolonganNya).” – (Surah an-Nisa: 34)


Labels: hukum agama, hukum islam, hukum isteri tinggi suara

Thanks for reading Hukum Isteri Tinggikan Suara Pada Suami. Please share...!

0 Comment for "Hukum Isteri Tinggikan Suara Pada Suami"

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.



Back To Top