Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2016

Faedah dan Manfaat Bajet 2017

Imej
Berikut adalah faedah dan manfaat yang disediakan dalam Bajet 2017: * Cuti Belajar dengan gaji dibayar penuh bersama biasiswa dipanjangkan kepada Kumpulan Pelaksana * Cuti Kuarantin lima hari tanpa rekod kepada penjawat awam yang anaknya sakit dan perlu dikuaratin * Menaikkan had kelayakan pinjaman perumahan penjawat awam kepada RM200,000 hingga RM750,000 * Gred 56 diwujudkan bagi pegawai perubatan pakar dan pegawai pergigian pakar * RM1.2 bilion bagi membina dan menaik taraf 616 km jalan kampung dan jambatan bagi meningkatkan jaringan perhubungan kampung, pekan dan bandar * RM4.6 bilion bagi menyelenggara jalan negeri, di bawah Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) * RM350 juta bagi membina dan membaik pulih 17,000 unit rumah usang dan daif di kampung terpencil dan penempatan Orang Asli * RM800 juta untuk Projek Mesra Rakyat seperti menaik taraf dan membina surau, titi, parit, balai raya, pasar dan gerai perniagaan kecil *

Cara Mudah Hantar Kurier Dengan EasyParcel

Imej
Anda ada masalah penghantaran barang? Kos penghantaran yang mahal. Proses proses pengiriman yang cerewet. Membazirkan masa untuk beratur di Pejabat Pos. Panggilan untuk tempahan sentiasa diabaikan atau tidak menjawab. Masa yang dibazirkan untuk menulis Nota Penghantaran. Tidak dapat menjejak keadaan bungkusan secara automatik. Kini penghantaran lebih mudah dengan EasyParcel. EASY PARCEL bekerjasama dengan banyak syarikat penghantaran kurier termasuklah POSLAJU, SKYNET, AIRPAK dan Nationwide Express. Jadi, kita boleh pilih syarikat yang berbeza-beza mengikut lokasi dan bajet penghantaran kita. Untuk tempoh promosi sekarang, Easy Parcel akan bagi kredit RM25.00 secara percuma apabila kita mendaftar sebagai ahli sekarang. Untuk menjadi ahli, tak perlu bayar apa-apa. Jadi, dengan nilai RM25.00 percuma ini kita boleh buat penghantaran pertama. Selepas itu untuk menggunakan khidmat Easy Parcel ini, kita perlu topup akaun kita. Kos penghantaran akan ditolak terus dari baki akaun

Terengganu Assessment Centre (TAC) untuk Pemilihan Pegawai Tadbir N41

Imej
Pada November 2016 akan diadakan Program  Terengganu Assessment Centre (TAC) untuk pemilihan Pegawai Tadbir Negeri N41 atau singkatannya PTN . Assessment untuk Pegawai Tadbir Negeri Terengganu ini akan diadakan di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Kampus Wilayah Timur di Kemaman, Terengganu. Terengganu Assessment Centre (TAC) adalah peringkat kedua pemilihan selepas peperiksaan khas Pegawai Tadbir. Selepas Assessment ini, temuduga pemilihan pula akan dijalankan untuk memilih senarai calon yang layak dilantik ke jawatan Pegawai Tadbir Negeri N41. Selepas pendaftaran, peserta akan diberi nombor giliran. Tajuk untuk public speaking akan diberikan semasa pendaftaran bagi membolehkan calon membuat persediaan awal. Secara umumnya sesi Assessment ini melibatkan aktiviti untuk penilaian seperti berikut: Aktiviti Perbincangan dan Tugasan Peserta akan dipecahkan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan akan mempunyai sekitar 11 orang peserta. Setiap kumpulan dinilai o

Kod Cawangan Public Bank

Imej
Sekadar perkongsian maklumat kod cawangan Public Bank Berhad . Kod cawangan ini biasanya boleh kita lihat di maklumat transaksi akaun bank. Singkatan kod cawangan Public Bank adalah seperti berikut: Kuala Lumpur / Selangor APG- Ampang BBT- Bandar Bukit Tinggi, Klang BMC- Bandar Mahkota Cheras, Cheras BPI- Bandar Puteri, Puchong BPJ- Bandar Puchong Jaya BSP - Shah Alam BSY- Bandar Sunway BWK- Bintang Walk DJA- Damansara Jaya JKL- Jalan Klang Lama JTH - Klang JSB - Jalan Sg Besi, Kuala Lumpur JHL - Jln Hang Lekiu (KL) KAP- Kapar KBG- Kampung Baru Subang, Shah Alam KJG- Kajang KSR- Kuala Selangor LMW - Taman Melawati, KL PIH- Pandan Indah, Cheras PJA- PJ PJO- PJ Old Town RWG- Rawang SS2- PJ SS2 SCA- Sg Chua, Kajang SEA- Taman SEAPark SJA- Subang Jaya SGK- Seri Gombak, Kuala Lumpur SKN- Seri Kembangan SMY- Semenyih, Selangor SPG- Sri Petaling SPK- Klang TCT- Taman Connaught , Cheras TEE- Taman Equine TIH -

Dekoder DVB-T2 Untuk Terima Siaran Percuma MYTV

Imej
Dekoder DVB-T2 ini boleh guna untuk terima siaran TV Digital Percuma MYTV. Siaran digital yang lebih jelas. Hanya sambung ke antenna UHF biasa indoor atau outdoor. Saluran MYTV setakat ini : TV1, TV2, TV3, ntv7, 8TV, TV9, TV AlHijrah, TVi dan Bernama tv. Akan datang selepas pelancaran rasmi, MYTV akan tambah sehingga 80 channel baru. Siaran adalah percuma tanpa sebarang bayaran bulanan. Info lanjut kawasan liputan : http://mytvbroadcasting.my/peta2.html Harga RM120 sahaja (poslaju percuma). Komen atau whatsapp 0139790000 jika berminat.

Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41

Imej
Pegawai Tadbir dan Diplomatik merupakan pegawai-pegawai berkelulusan ijazah universiti yang dilatih di INTAN. Biasanya lulusan INTAN menjadi pegawai barisan hadapan seperti pegawai daerah, pegawai kedutaan, duta dan sebagainya. Tugas sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik adalah merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat. Syarat lantikan untuk kemasukan ke Pegawai Tadbir Diplomatik ; 1. Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. atau 2. Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajia

Sinopsis Drama Patahnya Sebelah Sayap

Imej
Drama Patahnya Sebelah Sayap ini dibintangi oleh Ummi Nazeera, Aeril Zafrel dan Izzue Islam. Drama terbitan Creative Skill Solution ini telah diarahkan oleh Ayie Mustafa. Antara barisan pelakon lain yang turut menjayakan drama ini adalah Wawa Zainal, Syainie Shuhaimi, Normah Damanhuri, Zainab Othman dan Neera Azizi. Drama ini mengisahkan tentang Alisha lakonan Ummi Nazeera yang merupakan seorang gadis kampung yang setia mencintai Amzar. Hubungan Alisha dan Amzar lakonan Izzue Islam sangat bahagia pada awalnya. Sementara Amzar keluar mencari kerja, Alisha banyak membantu keluarga Amzar. Satu hari Amzar lulus temuduga dan diterima bekerja sebagai seorang peguam di sebuah firma guaman. Alisha sangat teruja bila mendapat tahu bahawa Amzar berjaya menjadi seorang peguam, kerjaya yang selama ini diidamkan Amzar. Demi untuk memastikan Amzar selesa ke tempat kerja, Alisha membeli beberapa helai kemeja untuk kekasih hatinya itu sebagai tanda sokongan. Kerana komited dan fokus

Poslaju Kuala Terengganu Yang Sesak Perlu Dipindahkan

Imej
Inilah punca kenapa perkhidmatan poslaju di Kuala Terengganu sangat lambat. Barang-barang dilambakkan di depan pejabat poslaju. Pelanggan terpaksa beratur sampai ke luar.  Dahulu Poslaju Kuala Terengganu mula-mula dibuka di Jalan Sultan Sulaiman. Disebabkan jalan yang sempit, berpindah ke lokasi sekarang di Jalan Sultan Omar namun masalah tetap tidak selesai.  Sudah sampai masa pihak Poslaju berpindah sekali lagi ke ruang pejabat yang lebih selesa dengan kawasan parking yang lebih luas untuk pelanggan dan juga lori poslaju.  Foto : Wan Muliani

Biodata Da'i Niezal Juara Pendakwah Nusantara 2016

Imej
Biodata Da'i Niezal Juara Pendakwah Nusantara 2016  Nama : Mohd Sufwan Niezal bin Sabri Asal : Terengganu Umur : 19 tahun Pendidikan : Diploma Dakwah dan Pengurusan di Kolej Universiti Islam Sultan Ahmad Shah, Pahang. Idola : Ustaz Amir Asyraf , Ustaz Azhar Lathif & Mufti Ismail Menk

Kena ludah hantu. Mitos atau penyakit kulit?

Imej
Pernah dengar " kena ludah hantu "?. Masa kecil dahulu, saya pernah kena ludah hantu iaitu selepas naik dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu. Saya pun tak pasti kenapa orang Melayu kita memanggilnya dengan nama kena ludah hantu. Namun dari segi perubatan, ia adalah salah satu penyakit kulit yang dipanggil Urticaria . Dalam istilah perubatan, keadaan ini dipanggil "urticaria". Urticaria adalah bengkakan merah jambu yang gatal (wheals) dan berlaku secara setempat pada mana-mana bahagian kulit dan akan merebak kecuali bahagian kuku dan rambut sahaja. Kesan merah-merah ini akan kelihatan beberapa minit atau berjam-jam lamanya sebelum pulih sepenuhnya dalam tempoh masa 48 jam tanpa meninggalkan sebarang kesan. Bagi sesetengah orang, urticaria ini akan pulih dalam tempoh beberapa hari atau minggu. Urticaria dihasilkan akibat kebocoran cecair melalui saluran darah kecil pada kulit. Perubahan tersebut berlaku akibat pembebasan satu bahan kimia asli iaitu hista

Ingin Tidur Di Bilik Hello Kitty?

Imej
Jika anda peminat Hello Kitty dan kalau anda datang ke Kuala Terengganu, bolehlah menginap di Hotel Ming Star yang terletak di Jalan Sultan Zainal Abidin atau lebih terkenal dengan panggilan Tanjung. Hotel ini terletak di hadapan Hotel Tanjung Vista. Di sekitar bangunan hotel ini ada banyak tempat makan yang menarik seperti Asia Signature, Uncle Chua dan juga Secret Recipe. Ada pelbagai jenis bilik di sini. Kos menginap untuk semalam sekitar RM 148 - RM 198, bagi bilik Hello Kitty. Untuk tempahan boleh hubungi 09-6228666 atau Email: sales@mingstarhotel.com . Booking Ming Star Hotel ini boleh dibuat melalui laman web: http://mingstarhotel.com/

Hukum Isteri Tinggikan Suara Pada Suami

Imej
Para isteri perlu sedar akan tanggungjawab mereka menunaikan hak-hak suami. Selain dari mentaati suami, isteri wajib berlemah lembut dengan suami, menjaga perasaan suami, bersyukur dan menerima seadanya apa saja pemberian suami. Isteri dilarang meninggikan suara kerana walaupun perkara tersebut bukan dianggap sebagai nusyuz, akan tetapi ia boleh saja menjadi sebagai permulaan isteri berlaku nusyuz terhadap suaminya. Isteri juga diperintahkan untuk menjaga kehormatan dirinya dan harta suami ketika ketiadaan suaminya sebagaimana firman Allah. “Maka perempuan-perempuan yang shaleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolonganNya).” – (Surah an-Nisa: 34)

Tips Berjaya Bisnes Online di Facebook

Imej
Tips Untuk Berjaya Bisnes Online: 1. Ramaikan Friends Facebook, Instagram & Twitter 2. Setting PUBLIC untuk semua posting, jangan set untuk friend sahaja. 3. Cuba branding diri sendiri, belajar untuk sentiasa engaged dengan Facebook friends. Contoh: - Ucap selamat pagi dan ucapan salam setiap pagi bagi yg baru meniaga online, supaya orang lain sedar kewujudan anda di Facebook. - Kongsikan sesuatu yang menarik dekat di wall untuk menarik minat orang ramai. 4. Jangan segan dan takut untuk mengiklan. 5. Post iklan anda pada waktu traffic tinggi - Waktu Pagi : 6.15am - 7.00am (pengguna FB tegar akan login dan baca post baru) - Masuk Keja : 8.00am - 10.00am (pengguna akan akses FB di tempat kerja) - Lunch Hour : 12.30pm - 2.00pm (sambil tunggu waktu makan tengahari, mereka layan FB) - Selepas Lunch : 2.30pm - 3.00pm (mereka akan layan sekejap sebelum sambung kerja) - Sebelum Balik : 5.30pm - 6.15pm (tunggu sebelum balik kerja) - Lepas Isyak : 9.00pm - 12.00am (wak

Doa Dilapangkan Hati

Imej
Doa Dilapangkan Hati Nabi Musa AS berdoa dengan berkata : "Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku, dan permudahkanlah urusanku, dan bukakanlah simpulan dari lidahku, dan fasihkan pertuturanku, supaya mereka faham perkataanku." (Surah Toha : ayat 25-28)

Deposit Minimum Pembukaan Akaun Semasa Bank di Malaysia

Imej
Jika anda menjalankan perniagaan samaada bisnes online ataupun di kedai, sebaiknya anda membuka Akaun Semasa samaada akaun individu atau akaun syarikat. Ini kerana jika anda hanya menggunakan Akaun Simpanan untuk urusan keluar masuk wang, jika duit keluar masuk terlalu kerap, kemungkinan akaun anda akan dibekukan oleh pihak bank. Minimum deposit untuk membuka Akaun Semasa atas nama Individu dan Perniagaan / Bisnes (Syarikat) bank-bank di Malaysia: Affin Bank - Individu RM2,000 (perlu introducer) / Syarikat RM2,000 (perlu introducer) Affin Islamic Bank - Individu RM2,000 (perlu introducer) / Syarikat RM2,000 (perlu introducer) Alliance Bank - Individu RM500 (tidak perlu introducer) / Syarikat RM500 (tidak perlu introducer) Alliance Islamic Bank - Individu RM500 (tidak perlu introducer) / Syarikat RM500 (tidak perlu introducer) Ambank - Individu RM500 (tidak perlu introducer) / Syarikat RM500 (tidak perlu introducer) Ambank Islamic Bank - Individu RM500 (tidak perlu

Tanda Awal Menghidap Sakit Buah Pinggang

Imej
10 Tanda Awal Anda Menghidap Penyakit Buah Pinggang: 1. Kekerapan pembuangan air kencing 2. Mengalami keletihan yang melampau 3. Pembengkakan pada salah satu anggota di tubuh badan 4. Mengalami kegatalan yang teruk 5. Sekiranya ada rasa seperti logam di dalam mulut anda 6. Mengalami loya dan muntah-muntah 7. Berasa sejuk sepanjang masa 8. Kesukaran untuk bernafas 9. Merasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawa 10. Kerap berasa pening kepala Cara mencegah penyakit buah pinggang: 1. Jalani pemeriksaan ginjal. 2. Amalkan pemakanan seimbang. 3. Minum banyak air, sekurang-kurangnya dua liter sehari. 4. Jangan merokok. 5. Makan ubat selepas mendapat nasihat doktor. Elakkan ubat yang tidak perlu kerana ia boleh memberi kesan dan merosakkan buah pinggang. 6. Kekalkan berat badan seimbang. 7. Bersenam setiap hari.