Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2016

Cara Tukar Kad Debit Maybank Secara Online di Maybank2u

Imej
Jika anda belum menukar Kad Debit Maybank yang baru dan malas menunggu di kaunter Maybank. Anda boleh mengarahkan pihak Maybank menghantar Kad MyDebit yang baru terus ke rumah / pejabat anda melalui kurier City-Link. CARA-CARANYA: - Login https://www.maybank2u.com.my - Pergi ke home - Klik Card Management - Klik ATM/ Debit Card – Active or replace your card - Akan keluar Replace your Card, klik "replace card" - Masukkan alamat penuh rumah atau pejabat yang selamat untuk terima kad - Buat pengesahan dengan "request for TAC" - Masukkan nombor TAC - Jika Berjaya, anda akan terima mesej pengesahan "Your request to replace ATM/Debit card is successful. Card will be sent within 14 working days" Anda akan terima kad debit yang baru melalui penghantaran kurier City-Link dalam tempoh 14 hari bekerja.

Bank Islam lancar Kad Debit-i Bolasepak Pahang FA

Imej
Bank Islam Malaysia Bhd dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Pahang (PFA) dan Visa melancarkan Kad Debit-i Pahang FA, khusus untuk penyokong setia pasukan Tok Gajah. Sebahagian daripada fi tahunan kad akan disalurkan kepada persatuan itu.  Pemegang kad itu di Pahang akan menikmati manfaat kad sebagai kad ATM dan kad Debit dengan fungsi payWave tanpa sentuh. Katanya, pemegang kad juga boleh membuat pengeluaran tunai tanpa caj tambahan melalui perkhidmatan 'pengeluaran tunai' Bank Islam di 70 stesen minyak Petronas di sekitar Pahang.  Kad Debit-i Bank Islam Visa Pahang FA boleh didapati di semua cawangan Bank Islam di Pahang dan cawangan terpilih di Lembah Klang. Bank Islam turut melancarkan Kempen Bank Islam Visa Debit Pahang FA "Ale Ale Tok Gajah". Dengan perbelanjaan minimum RM50, pemegang kad layak secara automatik untuk menyertai kempen dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai bernilai RM15,500. Kempen bermula 26 September hingga 31 Disember 2016

Konvensyen Usahawan Online EnterWip 2016

Imej
Pada 1 & 2 Oktober 2016 ini akan berlangsung Konvensyen Usahawan Online eNTERWIP 2016 anjuran Kementerian Wilayah Perkutuan, Giat Mara dan Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Ia adalah program tajaan kerajaan untuk rakyat Malaysia yang berminat dengan bisnes internet. 2 hari program, anda hanya perlu bayar RM20.00 sahaja. Peserta program akan mendapat domain *.my percuma yang bernilai RM120. Sertai dan belajar sesuatu di sana. Ada banyak kelas marketing termasuk FB Ads, Google Ads, IG, Blog dan lain-lain. Semuanya akan diajar oleh sifu mentor yang memang mahir dalam bidang masing-masing. Untuk blogging contohnya, Top Affiliate Infokerjaya, Tuan Zeo Unic yang akan datang mengajar! Untuk sertai, anda boleh terus daftar di: http://enterwip.my

Jualan MyCyberSale 2016 dengan diskaun hebat

Imej
Mulai 26 sehingga 30 September 2016 berlangsung kempen jualan produk online #MyCyberSale yang disertai oleh ramai penjual online dengan menawarkan harga yang tidak masuk akal potongan harga sehingga 90%. Pelbagai produk bayi, kecantikan, buku, elektronik, hiburan, fesyen, makanan, hadiah, kesihatan, barangan rumah, barangan sukan, pelancongan dan perkhidmatan. Untuk senarai penjual yang menyertai #MyCyberSale, klik : http://www.mycybersale.my/

Biodata Tuan Guru Datuk Dr Haron Din

Imej
Lahir 1 Mac 1940 Kangar, Perlis, British Malaya (kini Malaysia) Meninggal dunia 16 September 2016 (umur 76) San Francisco, California, Amerika Syarikat Parti politik PAS logo.svg PAS Pasangan Datin Khadijah Md Salleh Anak 5 orang Pekerjaan Mursyidul Am Pas,Ulama,Ketua Kluster Dakwah Pendidikan Madrasah al-Islahiah al-Wataniah, Bohor Mali Madrasah al-‘Alawiyah al-Diniah dan al-Kuliah al-Islamiah, Kelang Selangor Sijil Tertinggi Kolej - Kolej Islam Malaya (Kolej Islam Klang) (1962-1965) Ijazah Sarjana (M.A.) Syariah - University Al-Azhar (1966-1968) Diploma Pendidikan - ‘Ain Shams, Universiti Cairo (1966-1968) Ph.D Syariah - Universiti Darul-Ulum Qahirah (1972-1974). Kerjaya[sunting | sunting sumber] Pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1975 – 1976) Timbalan Dekan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1977-1985) Profesor di UKM sejak tahun 1986 hingga bersara Ahli Majlis Penasihat Syariah, CIMB Ahli Majl

Cara setting untuk kawal suara dan tutup tv di remote Astro

Imej
Cara untuk kawal suara dan kawalan tv di remote Astro: 1- Halakan remote astro ke TV 2- Tekan lama "OK" dan "TV" sekali, sampai lampu LED di remote berkelip 2 kali 3- Masukkan 4 kod mengikut jenama TV 4- Lampu LED remote akan berkelip 2 kali 5- Kawal sound TV. Tekan lama "OK" dan "Vol +" sekali, sampai lampu LED di remote berkelip 2 kali 6- Boleh test button 7- Sekarang remote tu dah boleh tutup, kawal suara dan mute TV guna remote astro Untuk reset remote 1- Halakan remote astro ke TV 2- Tekan lama "OK" dan "TV" sekali, sampai lampu LED di remote berkelip 2 kali 3- Masukkan kod "977" -asrol mania- Kod mengikut jenama TV. Kalau 4 kod pertama tak dapat atau tak berfungsi dengan betul, cuba 4 kod seterusnya. SAMSUNG 0060 0812 0618 0178 0587 0009 0093 0556 1235 0108 0037 0217 0264 0370 0072 0156 1208 0766 0814 0216 0290 0821 0163 SONY 1825 1505 0011 1651 0036 0650 1010 0037 0056 0093 0170 0074 PHIL

Amalkan Minum Air Putih

Imej
Terapi dan kelebihan minum air putih : 1. Minum dua gelas selepas bangun tidur dapat membersihkn organ-organ dalaman. 2. Minum segelas air, 30 minit sebelum makan dapat membantu fungsi seluruh pencernaan dan pembersihan buah pinggang. 3. Minum segelas air sebelum mandi dapat menurunkan tekanan darah. 4. Minum segelas air sebelum tidur dapat mencegah strok dan serangan jantung. Sebarkan tips sihat ini sabagai nasihat yang bermanfaat.

Tips Merancang Jantina Anak

Imej
Menurut Dr Hamid Arshat petua yang diberikan ini tidak boleh dijamin 100% keberhasilannya. Mungkin dengan izin Allah s.w.t.anda akan mencapai 70% kejayaan. Menurutnya lagi sebenarnya benih lelaki menjadi penentu jantina bayi kerana benih-benih tersebut ada yang membawa keromosom X dan Y..Sedangkan telur/benih isteri hanya membawa keromosm X..Bergantung mana yang bercantum – XY (anak lelaki) – XX (anak perempuan). Secara jelasnya begini,jika sperma yang mengandungi kromosom x bercampur dengan ovum yang hanya mempunyai kromosom x,maka hasil percantuman ini,janin akan mempunyai kromosom xx(anak perempuan) Tapi jika sperma yang mengandungi kromosom Y yang bercampur dengan ovum yang merupakan kromosom X maka dari percantuman ini,janin yang terhasil adalah kromosom XY(anak lelaki). Ciri-ciri benih lelaki berbeza – benih Y lebih cergas dan laju begerak tetapi lebih cepat mati berbanding dengan benih X yang lambat bergerak tetapi hidup lebih lama..Benih Y lebih tahan d

Langkah-Langkah Tindakan Undang-Undang Untuk Peminjam Ingkar

Imej
LANGKAH LANGKAH TINDAKAN UNDANG UNDANG DAN ISTILAH YANG DIGUNAKAN 1) Notis atau Surat Tuntutan Loyar (NOD / LOD)  Masa ni peminjam masih dipanggil “Peminjam” dan juga "Penjamin" (kalau ada) 2) WRIT SAMAN - Loyar memfailkan Saman dan Peminjam diarah untuk hadir di Mahkamah melalui WRIT SAMAN ini. Masa ni Peminjam sudah "naik pangkat" menjadi “DEFENDAN” 3) DEFENDAN tidak hadir di Mahkamah maka PENGHAKIMAN INGKAR dijatuhkan. Masa ni DEFENDAN naik setakuk lagi menjadi PENGHUTANG PENGHAKIMAN Sejak bila pulak ada istilah "Short Cut" SAMAN PENGHAKIMAN? JDS iaitu SAMAN PENGHUTANG PENGHAKIMAN (JUDGMENT DEBTOR SUMMONS) bukan terus ada "Waran Tangkap" macam tu aje. Ada prosedur tertentu dan bukan senang senang main tangkap macam tangkap Pokemon. Tangkap Pokemon pun bukan senang jugak. Kalau Bank dah ada Penghakiman, baca kat sini untuk tindakan undang undang yang boleh diambil http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/20