Search here and hit enter....

Unsuccessful. Account is not authorised. Reject code 0076

Foto : http://www.szehau.net/

Jika pemegang akaun Maybank ingin buat pindahan wang atau bayar bil, anda mendapat mesej ini "Unsuccessful - Account is not authorised. Reject code: [0076]" Ia bermaksud pemegang akaun ada baki tertunggak samaada kad kredit atau pinjaman dengan Maybank. Bank telah bekukan akaun. Wang boleh masuk tetapi wang dalam akaun tidak boleh dikeluarkan atau pindah wang / bayar bil melalui Maybank2u. Setelah wang dalam akaun mencukupi untuk membayar baki tertunggak tersebut, baru akaun bank tersebut akan dibuka kembali. Bank akan mendebit terus jumlah tertunggak tersesbut. Cara paling cepat untuk menyelesaikan masalah ini ialah dengan menghubungi dan berunding dengan Bahagian Kad Kredit atau Bahagian Pinjaman di mana anda berhutang.

Jika anda tiada baki tertunggak atau apa-apa hutang dengan Maybank, mesej "Unsuccessful - Account is not authorised. Reject code: [0076]", berkemungkinan akaun simpanan anda terlampau aktif. Terdapat terlalu banyak urusniaga wang masuk dalam masa sehari. Biasanya bank akan membekukan akaun simpanan anda buat sementera waktu. Untuk membuka kembali akaun Maybank, anda perlu ke cawangan Maybank. Pegawai Bank akan mengaktifkan kembali akaun anda.

Jika anda menelefon Maybank Customer Service, biasanya mereka tidak dapat memberikan penjelasan tentang masalah "reject code 0076" tersebut. Sebaiknya terus ke cawangan Maybank untuk bertanya.


Advertisement

BERIKAN KOMENTAR ()