Top Ad 728x90

Keropok Segera Sedap

by


Jika anda tercari-cari cenderahati untuk majlis kahwin atau keraian, apa kata berikan keropok segera SEAmEQ Terengganu yang sedap dan ranggup ini. Untuk harga istimewa yang lebih murah, dapatkan di gudang SEAmEQ di Tok Jiring, Kuala Nerus, Terengganu. Keropok SEAmEQ ni siap dengan sos di dalam setiap pek. 

Jenama SEAmEQ berasal dari nama gelaran Semek. Bermula daripada situ, suami kepada 'semek' iaitu Puan Azizah Wan Hasan iaitu Encik Tajul Ariffin Mohd Rashid mendapat idea melabelkan semua keropok keluaran syarikat itu dengan nama Seameq.

Untuk maklumat lanjut, boleh lihat laman web : http://maperow.weebly.com/

Kelewatan Bil Elektrik Bulan Julai 2016

by



INFO KELEWATAN BIL ELEKTRIK TNB JULAI 2016

1. Kenapa saya masih tidak menerima bil bulan Julai 2016?
JAWAPAN: TNB sedang dalam proses menaiktaraf sistem pengebilan. Bagi pengguna yang tidak menerima bil bulan Julai, mereka akan menerima bil dalam jangka masa yang terdekat.

2. Apakah impak kepada saya sekiranya saya lambat menerima bil?
JAWAPAN: Pengguna tidak akan mengalami sebarang kerugian kerana TNB menggunakan cara pengiraan secara prorata berdasarkan bilangan hari pengebilan.
Sebagai contoh: Tempoh pengebilan bersamaan 35 hari
Andaikan penggunaan adalah 203kWh
Faktor prorata 35/30 hari = 1.16667
Oleh yang demikian, prorata blok pertama persamaan x 1.16667 = 233kWh
Berdasarkan pengiraaan di atas, walau pun pengguna tersebut menggunakan 203kWh, beliau masih menikmati kadar tarif pada blok pertama.

3. Adakah saya akan dikenakan caj penalti disebabkan kelewatan pembayaran bil?
JAWAPAN: Caj penalti lewat bayar tidak akan dikenakan ke atas pengguna sekiranya kegagalan pembayaran disebabkan oleh pengguna tidak menerima bil elektrik.

4. Kenapa nombor akaun saya bertukar?
JAWAPAN: TNB telah menggunapakai sistem pengebilan yang baru dinaiktaraf. Pertukaran nombor akaun ini dirasakan perlu bagi memastikan kami memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada anda.Walau bagaimanapun, nombor akaun lama anda masih boleh digunapakai sehingga diberitahu kelak.

5. Adakah saya perlu mendaftarkan semula permohonan Autopay atau Direct Debit dengan nombor akaun baru?
JAWAPAN: Tidak perlu.

6. Bolehkah saya terus menggunapakai nombor akaun lama saya?
JAWAPAN: Boleh. Pengguna masih boleh menggunakan nombor akaun lama untuk semua transaksi dan pembayaran bil sehingga dimaklumkan kelak.

7. Adakah saya perlu mendaftar semula favourite bill payment di dalam internet banking?
JAWAPAN: Pengguna perlu mendaftar semula favourite bill payment dengan menggunakan nombor akaun baru KECUALI untuk maybank2u dan Bank Islam.

8. Saya telah membuat pembayaran tetapi tunggakan masih tertera dalam bil yang diterima.
JAWAPAN: Pembayaran yang dibuat dari 8-19 Julai 2016 tidak tertera di dalam bil kerana bayaran hanya akan dikemaskini selepas 20 Julai 2016. Sekiranya pembayaran dibuat selepas 21 Julai 2016, pengguna boleh menghantar emel kepada tnbcareline@tnb.com.my


Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan

by
soalan peperiksaan latihan separa perubatan
Dapatkan panduan dan contoh soalan di : https://go.semakan.info/separa-perubatan/28

- SPA Panggil anda atau tak? Semak sekarang

- Semak nama anda di SPA

SPA dah buat panggilan untuk
kemasukan kerja kerajaan
bagi Latihan Separa Perubatan

peluang kerjaya Separa Perubatan ini sangat cerah
kerana banyak pengambilan diambil

Adakah nama anda di panggil?
Buat semakan terus di laman SPA
melalui;

[+] http://e-semakan.spa.gov.my/

Jika anda salah seorang calon exam online ini

Mungkin ada sesuatu yang saya
boleh bantu anda?

klik di sini: https://go.semakan.info/separa-perubatan/28

Unsuccessful. Account is not authorised. Reject code 0076

by
Foto : http://www.szehau.net/

Jika pemegang akaun Maybank ingin buat pindahan wang atau bayar bil, anda mendapat mesej ini "Unsuccessful - Account is not authorised. Reject code: [0076]" Ia bermaksud pemegang akaun ada baki tertunggak samaada kad kredit atau pinjaman dengan Maybank. Bank telah bekukan akaun. Wang boleh masuk tetapi wang dalam akaun tidak boleh dikeluarkan atau pindah wang / bayar bil melalui Maybank2u. Setelah wang dalam akaun mencukupi untuk membayar baki tertunggak tersebut, baru akaun bank tersebut akan dibuka kembali. Bank akan mendebit terus jumlah tertunggak tersesbut. Cara paling cepat untuk menyelesaikan masalah ini ialah dengan menghubungi dan berunding dengan Bahagian Kad Kredit atau Bahagian Pinjaman di mana anda berhutang.

Jika anda tiada baki tertunggak atau apa-apa hutang dengan Maybank, mesej "Unsuccessful - Account is not authorised. Reject code: [0076]", berkemungkinan akaun simpanan anda terlampau aktif. Terdapat terlalu banyak urusniaga wang masuk dalam masa sehari. Biasanya bank akan membekukan akaun simpanan anda buat sementera waktu. Untuk membuka kembali akaun Maybank, anda perlu ke cawangan Maybank. Pegawai Bank akan mengaktifkan kembali akaun anda.

Jika anda menelefon Maybank Customer Service, biasanya mereka tidak dapat memberikan penjelasan tentang masalah "reject code 0076" tersebut. Sebaiknya terus ke cawangan Maybank untuk bertanya.


Jadual Pasar Malam / Pasar Minggu Di Negeri Kelantan

by


*HARI AHAD* :
- Berek 12, Kota Bharu
- Kota Jembal (Kedai Lalat)
- Gunong, Bachok
- Cabang Empat, Tumpat
- Pengkalan Kubor (sebelah Masjid Pengkalan Kubor), Tumpat
- Dataran Peladang, Kuala Krai.

*HARI ISNIN* :
- Bandar Baharu Kubang Kerian
- Padang Tembak, Kota Bharu
- Kok Lanas, Kota Bharu
- Kg. Laut, Tumpat
- To' Uban, Pasir Mas
- Pekan Machang

*HARI SELASA* :
- Kota Jembal (Kedai Lalat),
-Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu
- Kg. Tanjung Mas, Kota Bharu
- Pekan Tanah Merah (belakang Pasar Raya Aneka)
- Beris Kubor Besar, Bachok
- Jalan Pintasan Pasir Puteh
- Kota Kubang Labu, Tumpat.

*HARI RABU* :
- Flat Kg. Sireh, Kota Bharu
- Padang Tembak, Kota Bharu
- Kg. Kubor Maras (Langgar)
- Kg. Tapang, Kota Bharu
- Kg. Teluk (Panji), Kota Bharu
- Kg. Mulong, Kota Bharu
- Pantai Cahaya Bulan (Jalan Taman Buaya)
- Jalan Tanjung Baharu (PCB),
- Pekan Peringat, Kota Bharu
- Padang KTM, Tumpat
- Kg. Morak, Tumpat
- Pusat Bandar Pasir Mas (berdekatan Plaza Serangkai Mas)
- Gual Ipoh, Tanah Merah
- Pekan Kuala Krai.

*HARI KHAMIS* :
- Kawasan Perindustrian Lundang,
- Pekan Ketereh | Kg. Jambu Merah (berdekatan Jambatan Kada Resort,
- Kota Bharu / Gunong, Bachok
- Pekan Wakaf Bharu, Tumpat
- Tendong (berhampiran SK Othman Talib II)
- Cabang Tiga Meranti, Pasir Mas
- Batu 11, Tanah Merah (depan Pusat Ternakan Pantai Timur)
- Tok Bali, Pasir Puteh
- Bandar Baharu Gua Musang
- Ketereh, Pekan Ketereh
- Bukit Sireh, Kuala Krai.

*HARI JUMAAT* :
- Taman Sri, Pengkalan Chepa
- Bandar Baharu Kubang Kerian (kawasan Pasar Raya Nirwana Mas),
- Kota Bharu / Pekan Melor,
- Pantai Irama, Bachok
- Kg. Berangan
- Kg. Kok Majid, Tumpat
- Temangan, Machang.

*HARI SABTU* :
- Pekan Pengkalan Chepa (Taman Bendahara)
- Pasir Tumboh Bandar Satelit Islam, Kota Bharu
- Kg. Guchil Bayam, Kota Bharu
- Kg. Kok Pasir, Tumpat
- Kg. Telaga Lanas, Tumpat
- Kg. Tebing, Pengkalan Kubor
- Kg. Repek (berhampiran SMK Tiang Chandi)
- Beris Kubor Besar, Bachok
- Pekan Kuala Krai
- Pekan Pasir Puteh.
- Pekan Pulai Chondong

Kedai Makan Best Di Terengganu

by


Senarai Kedai Makan Best di Terengganu ni saya dapat dari seorang rakan Facebook, Mohd Khairi Hizmi.

Nasi Dagang:
1. kak poh batu buruk,
2. nasik dagang kat kapung atas tol,
3. nasik dagang dalam pasor keda buluh,
4. nasi dagang kak joh bukit besar,
5. nasi dagang mok ngoh chendering,
6. nasik dagang warisan kat tepi shell batu buruk tepi keda hok jual roti cana

Burger: Awang beger depang spital kuala tranung.
Burger: Dungun beger,Pasor Buah depan trafik light sura gate dungun.

Air asam boi kasturi:
1. Air asam boi kasturi power & piyooorrr mat paker rhu dua marang.

Nasik Minyok:
1. nasik minyok john blakang aeon kapung sri kolam,
2. nasik minyok zaki depang giant bukit besor,
3. nasik minyok jenab kat depan KEMAS kuala bekoh tepi dia ada stor geh,
4. nasi minyok kat tanjung depan Hock Kee Seng (Dulu Astaka),
5. Nasi minyak aziz kat hiliran depan perodua

Nasik Lemok:
1. nasik lemok bromoh pasir panjang,
2. nasik lemok atah court kg ladang (sebeloh seng heng),
3. nasi lemok kak dah kat gerai food court beteng tanjung blakang hock kee seng astaka

Rojok Keling:
1. restoren selamat jalan tok lam,
2. rojok sultan kat area sipang 3 skoloh tengku ampuan mariam menuju ke kapung ladang,
3. rojok sultan kat depan petronas chendering tepi car wash,
4. rojok keling di kedai awang A kat kapung Gong Pak Maseh

Rojok Kateh:
1. Kedai ben10 tepi stadium bola bando,
2. Kedai Air Nyior kat bulatang skoloh SKSS1

Nasik Ayang:
1. Nasik ayang nurul Iman kat depan skoloh arab batu buruk,
2. nasik ayang meto kat jalan nok gi muzium,
3. nasik ayang hainan kat bazar batu buruk
4. Nasi Ayang Pok Kedai Congok Gong Pak Maseh, Beli sebungkus buleh makang 2 org

Roti Payang:
1. nurul islamiah kat lekoh jalan Kamaruddin
2. Roti payang belakang McD Dungun.

Nasik Belacang:
1. kedai sri wani bromoh kat depang surau besor tanjung

Sup:
1. Sup Atas Pasor Payang (sebeloh nasik minyok rozak)
2. Sup Pok Wahab Padang Tengir, Manir (Kalu gi hari Khamis, puas nunggu lah)

Mee Talang:
1. Kedai goreng pisang kat tepi skoloh rendoh sri budiman,
2. se lagi pulau kambing...nyakot molep hok tu..

Ikang Celup Tepong:
1. Warung Pok Nong kat Kampung Telipot,
2. warung kat pata pandak depang hok tutup nge pagor utk pembinaang hotel

Mutabok:
1. Kedai buruk kaler kuning depang Hock Kee Seng (Astaka lama)

Nasik Kapit Gula Ikang Aya :
1. Kedai depang Shell Chabang 3,
2. Warung Norazila kat depang masjid terapung

Satey:
1. Satey Lina kat area Waterfront Pula Kambing,
2. satey pata timur kat batu buruk sebeloh batu buruk beach resort,
3. satey jam besor di seberang takir dekat kem askor

Ikang bakor:
1. Ikang bakor bukit tunggal (ada cawangan di pasir panjang),
2. ikang bakor di Cairo Tomyang kat tepi skoloh pusak chabang 3,
3. ikan bakor hamid keda bowoh jambatang koliba

Kuih Muih Tradisi:
1. Kedai kat trafik light nok gi ke panji alam dan gong kapas,
2. kedai kat trafik light simpang 3 sekoloh tengku ampuan

Mee Goreng Basoh:
1. Kedai mat nawi & mat sarip kat area spital haiwang pula kambing,
2. keda mek comel kat rumah org tp dia wat keda betul2 depan skoloh rendoh Tok Dir

Nasik Padang:
1. Restoren safinaz kat istana badariah dan masjid putih,
2. Rex nasik padang kat Showroom toyota bandar kuala tranung
3. Erwina nasi Padang jln Tok Lam

Nasik Campur:
1. Warung kedai binjai kat depan hotel sri malaysia kuala tranung,
2. restoren mat binjai kat depan wisma sri tenang
3. Gerai bowoh gertok Gaung Kuala Berang – Ikan baung masak tempoyok

Nasi ulang cicoh budu:
1. Warong lempeng kat kapung rusila depang masjid rusila

Makang Pagi Muroh Teh O 30 Seng:
1. Warung Che Nah jalan losong dekat Muzium

Pulut Lepe (pulut panggang) :
1. Pulut lepe bonda kat tepi sekoloh rendoh ladang,
2. pulut lepe kat tepi wisma persekutuan tepi steseng minyok caltek

Meggi Dapur Kayu:
1. kat kapung Padang Machang (lokasi payoh skit sbb dalang kapung.. kena tanya penduduk setempak)

Mee Udang Galoh:
1. Warung Pok Jak kat tepi masjid kampung tanjung sabtu manir

Nasi Khabu :
1. Nasik kerabu ala thai kat jalan pasir panjang,
2. nasi kerabu ayam/daging bakar norra rich kerabu gong datuk (dekat pintu blakang uniza)

Nasi ayang / daging bakar dan sup herba :
1. Kedai alhijrah Oasis kat jalan bukit bayas

Sup belut:
1. Kampung belukar jambu kat selekoh lepas 100 meter signboard kampung belukar jambu dari kapung laut

Nasik lemok kakung, nasik kuning:
1. Warung tepi hotel permai inn blakang warung mat jeng

Cikeng chop:
1. yee stall kat bazar batu buruk tepi nasik ayang hainan,
2. cikeng chop rege rm3.90 kat teluk ketapang

Mee jawa, soto:
1. Warung kat gong kapah sebeloh bangunan umno

Nasik goreng cina, watangho:
1. kat keda cina kapung depang masjid batu rakit kedai naik bukit skit

nasi kukus:
1. baihaqi nasi kukus jalan tok lam bawah hotel indah,
2. yasmin nasi kukus jln kamaruddin.

Keputusan UPU Lepasan STPM / Matrik 2016

by

Semakan keputusan permohonan kemasukan ke Universiti Awam (UA) / IPTA bagi Program Pengajian Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Matrikulasi dan Asasi (Ijazah Pertama) bagi Sesi Akademik 2016/2017 boleh disemak pada 8 Ogos 2016 (Isnin) di laman web: http://upu.mohe.gov.my atau di talian 03-8870 6767 atau menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT (NOMBOR KAD PENGENALAN) dan hantar ke 15888.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90