Jumaat, 24 Jun 2016

Car Seat GB Dalam Kenangan


Car Seat jenama GB ini kami beli semasa kelahiran anak sulung kami iaitu Umar. Masa itu harganya dekat RM500. Kami beli di Kedai Bayi Twins Baby Cawangan Kuala Terengganu. Umar kerap duduk di atas kerusi bayi ini kerana pada awal usianya, setiap hari bekerja saya akan menghantarnya ke rumah neneknya. Jadi, dia memang suka kerusi tersebut.

Apabila adiknya Uwais lahir, dia kurang gemar duduk di atas kerusi bayi ini. Mungkin kerana Uwais lebih suka dipegang. Setelah lebih kurang 3 tahun berkhidmat, kami ambil keputusan untuk menjual kerusi bayi GB ini. Alhamdulillah, tidak berapa lama letak iklan di Mudah.my, ada orang terus whatsapp mahu beli. Masa tu kami letak harga RM250 tapi dia minta kurang RM200 sahaja.

Jika anda sedang mencari kerusi bayi, mungkin anda boleh masukkan jenama GB dalam list. Car Seat GB ni agak kukuh, selesa untuk bayi, nampak kemas dan coraknya pun menarik. Harganya boleh dikatakan agak sederhana sekitar RM300 - RM1,000 bergantung kepada model.


NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 

Delivered by FeedBurner