Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2016

Kuala Terengganu The Healthy Walkable City

Imej
Majlis Bandaraya Kuala Terengganu atau MBKT memperkenalkan konsep " Healthy Walkable City " kepada Warga Kuala Terengganu. Ruang pejalan kaki berbumbung dan tempat duduk dibina bagi mendidik orang ramai lebih suka berjalan kaki dari menggunakan kenderaan.  Buat permulaan, ruang pejalan kaki dibina dari Jalan Paya Keladi (dekat Hentian Bas MBKT) melalui Pasar Kedai Payang sehingga ke Pejabat Pos. Ia akan diperluaskan ke kawasan lain di masa hadapan bagi mendidik dan mewujudkan suasana bandaraya yang mesra pejalan kaki. Foto : Mohd Azmi Jusoh

Tabung Darul Iman

Imej
Tabung Darul Iman adalah tabung yang diwujudkan untuk membantu meringan bebanan rakyat negeri Terengganu yang ditimpa musibah atau kurang bernasib baik dengan membiayai pelbagai bantuan yang bersesuaian. Ia merupakan penggabungan daripada tiga tabung sedia ada iaitu Tabung Darul Iman, Tabung Bantuan Penyakit Kronik dan Dana Kebajikan Sosial Perubatan bertujuan bagi mengurus dan menyelaras bantuan dengan lebih sistematik dan efisien. Terdapat bantuan kepada yang ditimpa musibah seperti ribut, taufan, kebakaran, puting beliung, serangan haiwan liar atau penyakit terhadap ternakan atau tanaman. Selain itu, kepada yang ditimpa penyakit kronik, bantuan pembedahan yang memerlukan 'implan' dan pembelian ubat-ubatan yang tiada dalam senarai Kementerian Kesihatan layak dipertimbangkan. Borang permohonan boleh didapati dan dihantar ke Pejabat Sekretariat Tabung Darul Iman di Jalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu (Berdekatan Bangunan CIMB). No. Tel: 09-623 3535 / 624 3535. Permoh

Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Kerajaan 2016

Imej
Tarikh Pembayaran Gaji Bulanan Kakitangan Awam 2016 Januari 21/01/2016 Khamis Februari 25/02/2016 Khamis Tahun Baru Cina 8 - 9/2/2016 Mac 24/03/2016 Khamis April 25/04/2016 Isnin Mei 24/05/2016 Selasa Pesta Keamatan / Menuai 30 - 31/5/2016 Jun 23/06/2016 Khamis Hari Gawai 1 - 2/6/2016 Julai 25/07/2016 Isnin Hari Raya Puasa 6 -  7/7/2016 Ogos 25/08/2016 Khamis September 22/09/2016 Khamis Hari Raya Haji 12/9/2016 Oktober 20/10/2016 Khamis Hari Deepavali 29/10/2016 November 24/11/2016 Khamis Disember 20/12/2016 Selasa Hari Krismas 25/12/2016 Sumber : Akauntan Negara Malaysia  (ANM)