Catatan

Tunjukkan catatan dari 2016

MRT mengimbau kenangan STAR LRT

Imej
Bila MRT dilancarkan teringat gambar ini. Hari pertama STAR LRT dibuka kepada umum pada 16 Disember 1996 untuk laluan KL - Ampang. Tarikh yang sama dipilih untuk pelancaran MRT semalam. STAR LRT menjadi perintis sebelum wujudnya PUTRA LRT, Monorel dan MRT. Masa ini sedang training di Bank Islam Jalan Tun Razak, KL. Kurus slim je. :D

Uwais Genap Dua Tahun

Imej
Muhammad Ayden Uwais genap dua tahun hari ini. Selamat Hari Lahir adik. Tahun depan jadi angah pulak, InsyaAllah. :D

Kiosk Kad Debit Maybank

Imej
Maybank telah memperkenalkan mesin kiosk debit untuk tukar kad debit baru. Beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam. Sila bawa Mykad dan Kad Debit Cherry atau Kad ATM kuning hitam lama untuk pertukaran. 1. KL Main Branch @ Menara Maybank 2. TTDI Branch @ Jalan Tun Mohd Fuad 3. USJ Subang Jaya Branch 4. Suria KLCC (Level Concourse) 5. Jalan Gombak Branch 6. The Reef, Rawang Branch 7. Klang Branch 8. Bandar Baru Ampang Branch 9. Pandan Indah Branch 10. Jalan Kelang Lama Branch 11. Puchong Jaya Branch 12. Bandar Baru Bangi Branch 13. Kajang Branch 14. Seremban Main Branch 15. Port Dickson Branch 16. Nilai Branch 17. Muar Branch 18. Melaka Main Branch 19. Taiping Branch 20. Alor Setar Main Branch 21. Penang Main Branch 22. Kangar Branch 23. Kuala Terengganu Main Branch 24. Bukit Ubi, Kuantan Branch 25. Kota Bharu Main Branch 26. Batu Pahat Branch @ Jalan Rahmat 27. Johor Bahru Main Branch 28. Mid Valley (Near Forex) 29. KL Sentral Branch 30. AEON

Tips Bina Profil Facebook Yang Menarik

Imej
Tips ini dikongsikan oleh saudara Khairul Hakimin Muhammad. 1. Gambar Profil mestilah gambar sendiri secara keseorangan, tidak bersama suami, isteri, anak, kucing, makanan, kawan. Paling mudah, letak gambar lesen atau passport. 2. Gambar Cover Atas: Gambar berunsur kehidupan, tidak ada perkataan yang boleh mengubah profil menjadi kedai (mahu menjual). Meletakkan gambar berunsur menjual seperti poster insuran, gambar produk, akan menakut-nakutkan orang untuk klik follow. 3. Bahagian deskripsi (di bawah gambar cover) diletakkan minat atau hobi. Bukan jawatan atau posisi kerja. Contoh: Suka Memasak, Mengembara dan Menulis. 4. Jawatan diletakkan di bahagian mengenai latarbelakang. Pastikan jawatan itu wujud. Tidak tulis secara main-main seperti 'Kuli at Goverment'. 5. Setkan public bagi profil kalian dan aktifkan butang follower. Pergi ke Facebook Setting, kemudian klik account setting, kemudian klik butang follower (atau butang posting), ada 3 perkara di situ yang pe

Kelebihan Siaran TV Digital

Imej
Selama ini kita hairan kenapa kualiti siaran tv analog berbeza di antara satu saluran dengan saluran yang lain. Sebenarnya setiap saluran itu dipancar dari lokasi berbeza dengan gelombang yang berbeza. Di Terengganu sebagai contoh, saluran TV1, TV2, TV3 dipancar dari Bukit Besar menggunakan gelombang VHF sementara TV9 dan TV Al Hijrah pula menggunakan gelombang UHF. ntv7 pula dipancar dari Bukit Jerung, Marang menggunakan gelombang UHF. Lokasi lain pemancar di Terengganu adalah Bukit Bauk, Dungun untuk TV1, TV2 dan TV3. Pemancar di Bukit Bintang, Besut pula untuk TV1 dan TV2 di kawasan Besut. Sementara Pemancar di Bukit Durian Mas untuk TV1 dan TV2 di daerah Kemaman dan Hulu Dungun. Dengan pengenalan TV Digital MYTV, pengguna hanya perlu tembak antenna UHF ke arah Pemancar MYTV di Bukit Besar untuk menerima pelbagai saluran TV1, TV2, TV3, ntv7, 8TV, TV9, TV Al Hijrah, TVi, Bernama TV dan pelbagai saluran lain yang akan diperkenalkan kelak. Itu kelebihan TV Digital yang hanya me

Pakej Lengkap Nota dan Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29

Imej
Pakej Lengkap Nota dan Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 Rujukan Pantas Nota dan  Soalan Exam Online Penolong Pegawai Tadbir N29 . Dapatkan sekarang di :  http://bit.ly/examn29 Pakej terbaik dari Infokerjaya ini telah banyak membantu ramai calon SPA sejak tahun 2010 lagi. Anda tidak perlu risau kerana ada jaminan wang dipulangkan jika tidak berpuashati. Tidak perlu susah payah google sana sini. Tempah sekarang sebelum terlambat di:  http://bit.ly/examn29 Whatsapp 0139790000 jika ada masalah untuk membuat tempahan.

Kenapa Muslim Rohingya Dibunuh?

Imej
Sejarah Bangsa Rohingya Umat Islam Rohingya kebanyakannya tinggal di sebelah barat Myanmar (dahulunya Burma) di Negeri Arakan yang bersempadan dengan Bangladesh. Mereka adalah keturunan daripada para pedagang Arab, Parsi, Turki dan lain-lain yang berkahwin dengan penduduk setempat seperti Mughals, Pathan, dan Bengali. Umat Islam Rohingya merupakan 1/3 daripada jumlah penduduk wilayah Arakan, Myanmar dan selebihnya adalah penganut Buddha Arakanese. Apakah nasib mereka? Umat Islam Rohingya telah dinafikan daripada hak-hak asasi kemanusiaan oleh pihak junta tentera Myanmar. Di antara kekejaman yang dilakukan ke atas mereka : a) Tidak mengiktiraf kerakyatan mereka, dinafikan sijil kelahiran mahupun sijil perkahwinan mereka. b) Perampasan tanah-tanah milik mereka bagi meneruskan projek pembinaan saluran paip gas dan minyak yang merentasi wilayan Arakan c) Menjadi mangsa perhambaan moden sebagai buruh paksa seperti bekerja tanpa gaji di tapak pembinaan jalan raya, kereta api,

Pindahan Wang Antara Bank IBFT dan IBG

Imej
Grafik :  http://www.misterleaf.com/ Masih ramai yang tidak tahu bahawa Pindahan Wang Antara Bank secara online ada dua jenis. Pertama, IBFT - Interbank Fast Transfer iaitu Pindahan Wang Antara Bank Segera . Yang ini dia akan transfer terus pada masa itu juga. Pindahan ini caj dia 50 sen + 3 sen GST. Yang kedua jenis biasa, IBG - Interbank Giro iaitu Pindahan Wang Antara Bank Giro . Caj dia hanya 10 sen + 1 sen GST. Wang hanya akan masuk ke akaun penerima mengikut jadual berikut. Bagi hari bekerja dari Isnin - Jumaat: - Transfer sebelum jam 5.00 pagi, wang akan masuk jam 11.00 pagi. - Transfer antara jam 5.01 - 8.00 pagi, wang akan masuk jam 2.00 petang. - Transfer antara jam 8.01 - 11.00 pagi, wang akan masuk jam 5.00 petang. - Transfer antara jam 11.01 pagi - 2.00 petang, wang akan masuk jam 8.20 malam. - Transfer antara jam 2.01 - 5.00 petang, wang akan masuk jam 11.00 malam - Transfer selepas jam 5.00 petang, wang akan masuk jam 11.00 pagi hari bekerja berikutnya.

Permohonan Rumah Mampu Milik (RMM) Terengganu

Imej
Bajet Terengganu 2017 - Permohonan Rumah Mampu Milik dibuka semula. Pasangan berkahwin yang berpendapatan bawah RM3,500 bolehlah mendaftarkan diri. Permohonan boleh dibuat secara online : http://eperumahan.terengganu.gov.my/ Syarat-syarat Kelayakan Permohonan Rumah Kos Rendah / Mampu Milik - Warganegara MALAYSIA; keutamaan kepada rakyat Terengganu - 21 tahun sehingga 50 tahun sahaja layak memohon - Berkahwin; 10 % diperuntukkan kepada golongan bujang - Pemohon dan pasangan belum memiliki rumah - Pemohon dan pasangan tidak pernah menerima anugerah / bantuan tanah kediaman daripada pihak kerajaan - Pendapatan isirumah (pemohon dan pasangan) tidak melebihi RM3500 sebulan - Bagi pemohon dan pasangan dari penjawat awam, hanya yang bergred 1 hingga 22 sahaja layak memohon - Anggota beruniform bertugas di luar kawasan (luar Terengganu) layak dipertimbangkan Isteri kedua / ketiga / keempat layak dipertimbangkan sekiranya mempunyai pendapatan sendiri - Pemohon berumur 50 tahun

Pinjaman Perumahan

Imej
Kiraan pinjaman perumahan bank, bergantung kepada gaji dan komitment. Setiap bank mempunyai percentage Debt  Service Ratio (DSR) yang berbeza bergantung kepada GAJI BERSIH pembeli. Bank mana yang berikan kadar yang rendah?  Jawapannya : Bergantung kepada 'Credit Scoring' seseorang itu, cantik atau tidak corak pembayarannya dengan bank. Kalau ada rongak rongak dan bayar lambat, kemungkinan besar bank akan letak kadar yang tinggi kerana mereka melihat pembeli/ peminjam ini berisiko tinggi. Pastikan anda mempunyai dokumen berikut sebelum memohon pinjaman perumahan. 1. Salinan kad pengenalan 2. Slip gaji untuk 3 bulan yang terkini 3. Penyata cukai pendapatan (borang J) yang terkini atau borang EA 3. Dokumen perjanjian jual beli/resit pembayaran deposit atau tempahan/ surat tawaran daripada pemaju 4. Salinan surat hakmilik tanah (jika ada) 5. Penyata bank 6 bulan terdahulu (wajib jika tiada slip gaji/borang J/EA)/buku akaun simpanan/resit simpanan tetap 6. E

Cara Buat Aduan KPDNKK

Imej
Seorang peniaga cafe di Kota Bharu, Kelantan didenda RM8,000 oleh mahkamah di bawah Akta Anti Pencatutan (menaikkan harga dengan tujuan mengambil untung berlebihan) dengan menjual air teh o ais yang berharga RM2.80 dengan harga RM4.00. Lepas ini jika ada peniaga yang menaikkan harga sesuka hati, pengguna jangan hanya membebel di Facebook sahaja. Gunakan kuasa sebagai pengguna dengan melaporkan kepada KPDNKK macam dalam iklan tv. Ada pelbagai cara untuk buat aduan kepada KPDNKK: - Isi borang eAduan : http://eaduan.kpdnkk.gov.my/ - Guna aplikasi myKPDNKK - Telefon : 1 800 886 800 - walk in ke pejabat KPDNKK

Peranan dan Tanggungjawab Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD)

Imej
Pegawai Tadbir Diplomatik ataupun singkatannya PTD adalah jawatan penting yang terdapat di dalam kumpulan pekerja pengurusan dan professional.Kumpulan ini terdiri daripada pegawai-pegawai barisan hadapan dalam pentadbiran negara yang berkelulusan ijazah seperti Pegawai Daerah, Pegawai Kedutaan dan lain-lain. Kumpulan ini akan dilatih oleh INTAN sebelum diserapkan di dalam sektor perkhidmatan awam. Sebagai pegawai yang mengetuai barisan hadapan dalam pentadbiran negara, peranan dan tanggungjawab sebagai seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik amatlah berat. Penjawat jawatan ini terlibat secara langsung untuk merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar kerajaan. Dasar-dasar tersebut bukan sahaja meliputi pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi. Ianya merangkumi hal-hal ehwal dalam negeri yang berkaitan kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan sosial. Mereka juga terlibat secara langsung mengenai hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perk

Petua Menghadapi Peperiksaan

Imej
Bagi yang menduduki exam SPM ataupun STPM, ini ada petua menghadapi peperiksaan yang dikongsikan oleh Tuan Shamsuddin Kadir, seorang pakar motivasi. 1. Minta maaf dengan ibu bapa 2. Doakan kesejahteraan guru 3. Baca Bismillah. 4. Ingat soalan itu cuba memperbodohkan kita. Jangan bagi peluang. 5. Masa hendak menyerahkan kertas jawapan. Baca Bismillah. Dan sebut "Aku bertawakal dengan Mu Ya Allah". 6. Jangan bincang lagi dengan kawan dan ibu bapa. 7. Jika ada bertanya tentang status jawapan kita. Sebut "Insyaa Allah boleh buat". Apabila bertawakal jangan lagi komen. Wallahu A'lam.

RHB Bank Internet Banking Berwajah Baru

Imej
Internet Banking RHB Bank atau RHB Now berubah wajah hari ini. Selain Maybank dan CIMB Bank, saya suka RHB Bank sebab mesin ATM dan mesin depositnya tak ramai orang dan ada di kebanyakan pasaraya. Kelebihan untuk peniaga online, akaun RHB Bank ni boleh topup akaun Paypal. Masa mula-mula buka akaun di KL dahulu di bawah nama DCB Bank.  Selepas itu gabungan UMBC membentuk Sime Bank. Kemudian bergabung membentuk konglomerat perbankan ketiga terbesar iaitu RHB Bank. Walaupun pengasasnya Tan Sri Rashid Hussin sudah meninggalkan bank ini dan turut disaman oleh bank yang diasasnya, nama RHB tetap dikekalkan kerana nilai 'branding' yang kuat. Tak ramai yang tahu RHB Bank ni 'anak kandung' KWSP. Salah satu cabang pelaburan KWSP di sektor kewangan.

Sogo buka cawangan Seluruh Malaysia

Imej
SOGO yang sudah bertapak di Kuala Lumpur sejak tahun 1994 (22 tahun) bercadang membuka lima cawangan baru di Seluruh Malaysia dalam tempoh empat tahun. 1. SOGO Paradigm Mall, Johor Bahru - 2017 2. SOGO Central i-City Mall, Shah Alam - 2018 3. SOGO Paragon @ KL Northgate, Selayang - 2019 4. SOGO Mayang Mall, Kuala Terengganu - 2019 / 2020 5. SOGO Prai Mall, Penang - 2019 / 2020 Sumber : Wilayah Media

Faedah dan Manfaat Bajet 2017

Imej
Berikut adalah faedah dan manfaat yang disediakan dalam Bajet 2017: * Cuti Belajar dengan gaji dibayar penuh bersama biasiswa dipanjangkan kepada Kumpulan Pelaksana * Cuti Kuarantin lima hari tanpa rekod kepada penjawat awam yang anaknya sakit dan perlu dikuaratin * Menaikkan had kelayakan pinjaman perumahan penjawat awam kepada RM200,000 hingga RM750,000 * Gred 56 diwujudkan bagi pegawai perubatan pakar dan pegawai pergigian pakar * RM1.2 bilion bagi membina dan menaik taraf 616 km jalan kampung dan jambatan bagi meningkatkan jaringan perhubungan kampung, pekan dan bandar * RM4.6 bilion bagi menyelenggara jalan negeri, di bawah Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) * RM350 juta bagi membina dan membaik pulih 17,000 unit rumah usang dan daif di kampung terpencil dan penempatan Orang Asli * RM800 juta untuk Projek Mesra Rakyat seperti menaik taraf dan membina surau, titi, parit, balai raya, pasar dan gerai perniagaan kecil *

Cara Mudah Hantar Kurier Dengan EasyParcel

Imej
Anda ada masalah penghantaran barang? Kos penghantaran yang mahal. Proses proses pengiriman yang cerewet. Membazirkan masa untuk beratur di Pejabat Pos. Panggilan untuk tempahan sentiasa diabaikan atau tidak menjawab. Masa yang dibazirkan untuk menulis Nota Penghantaran. Tidak dapat menjejak keadaan bungkusan secara automatik. Kini penghantaran lebih mudah dengan EasyParcel. EASY PARCEL bekerjasama dengan banyak syarikat penghantaran kurier termasuklah POSLAJU, SKYNET, AIRPAK dan Nationwide Express. Jadi, kita boleh pilih syarikat yang berbeza-beza mengikut lokasi dan bajet penghantaran kita. Untuk tempoh promosi sekarang, Easy Parcel akan bagi kredit RM25.00 secara percuma apabila kita mendaftar sebagai ahli sekarang. Untuk menjadi ahli, tak perlu bayar apa-apa. Jadi, dengan nilai RM25.00 percuma ini kita boleh buat penghantaran pertama. Selepas itu untuk menggunakan khidmat Easy Parcel ini, kita perlu topup akaun kita. Kos penghantaran akan ditolak terus dari baki akaun

Terengganu Assessment Centre (TAC) untuk Pemilihan Pegawai Tadbir N41

Imej
Pada November 2016 akan diadakan Program  Terengganu Assessment Centre (TAC) untuk pemilihan Pegawai Tadbir Negeri N41 atau singkatannya PTN . Assessment untuk Pegawai Tadbir Negeri Terengganu ini akan diadakan di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Kampus Wilayah Timur di Kemaman, Terengganu. Terengganu Assessment Centre (TAC) adalah peringkat kedua pemilihan selepas peperiksaan khas Pegawai Tadbir. Selepas Assessment ini, temuduga pemilihan pula akan dijalankan untuk memilih senarai calon yang layak dilantik ke jawatan Pegawai Tadbir Negeri N41. Selepas pendaftaran, peserta akan diberi nombor giliran. Tajuk untuk public speaking akan diberikan semasa pendaftaran bagi membolehkan calon membuat persediaan awal. Secara umumnya sesi Assessment ini melibatkan aktiviti untuk penilaian seperti berikut: Aktiviti Perbincangan dan Tugasan Peserta akan dipecahkan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan akan mempunyai sekitar 11 orang peserta. Setiap kumpulan dinilai o

Kod Cawangan Public Bank

Imej
Sekadar perkongsian maklumat kod cawangan Public Bank Berhad . Kod cawangan ini biasanya boleh kita lihat di maklumat transaksi akaun bank. Singkatan kod cawangan Public Bank adalah seperti berikut: Kuala Lumpur / Selangor APG- Ampang BBT- Bandar Bukit Tinggi, Klang BMC- Bandar Mahkota Cheras, Cheras BPI- Bandar Puteri, Puchong BPJ- Bandar Puchong Jaya BSP - Shah Alam BSY- Bandar Sunway BWK- Bintang Walk DJA- Damansara Jaya JKL- Jalan Klang Lama JTH - Klang JSB - Jalan Sg Besi, Kuala Lumpur JHL - Jln Hang Lekiu (KL) KAP- Kapar KBG- Kampung Baru Subang, Shah Alam KJG- Kajang KSR- Kuala Selangor LMW - Taman Melawati, KL PIH- Pandan Indah, Cheras PJA- PJ PJO- PJ Old Town RWG- Rawang SS2- PJ SS2 SCA- Sg Chua, Kajang SEA- Taman SEAPark SJA- Subang Jaya SGK- Seri Gombak, Kuala Lumpur SKN- Seri Kembangan SMY- Semenyih, Selangor SPG- Sri Petaling SPK- Klang TCT- Taman Connaught , Cheras TEE- Taman Equine TIH -

Dekoder DVB-T2 Untuk Terima Siaran Percuma MYTV

Imej
Dekoder DVB-T2 ini boleh guna untuk terima siaran TV Digital Percuma MYTV. Siaran digital yang lebih jelas. Hanya sambung ke antenna UHF biasa indoor atau outdoor. Saluran MYTV setakat ini : TV1, TV2, TV3, ntv7, 8TV, TV9, TV AlHijrah, TVi dan Bernama tv. Akan datang selepas pelancaran rasmi, MYTV akan tambah sehingga 80 channel baru. Siaran adalah percuma tanpa sebarang bayaran bulanan. Info lanjut kawasan liputan : http://mytvbroadcasting.my/peta2.html Harga RM120 sahaja (poslaju percuma). Komen atau whatsapp 0139790000 jika berminat.

Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41

Imej
Pegawai Tadbir dan Diplomatik merupakan pegawai-pegawai berkelulusan ijazah universiti yang dilatih di INTAN. Biasanya lulusan INTAN menjadi pegawai barisan hadapan seperti pegawai daerah, pegawai kedutaan, duta dan sebagainya. Tugas sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik adalah merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat. Syarat lantikan untuk kemasukan ke Pegawai Tadbir Diplomatik ; 1. Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. atau 2. Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajia

Sinopsis Drama Patahnya Sebelah Sayap

Imej
Drama Patahnya Sebelah Sayap ini dibintangi oleh Ummi Nazeera, Aeril Zafrel dan Izzue Islam. Drama terbitan Creative Skill Solution ini telah diarahkan oleh Ayie Mustafa. Antara barisan pelakon lain yang turut menjayakan drama ini adalah Wawa Zainal, Syainie Shuhaimi, Normah Damanhuri, Zainab Othman dan Neera Azizi. Drama ini mengisahkan tentang Alisha lakonan Ummi Nazeera yang merupakan seorang gadis kampung yang setia mencintai Amzar. Hubungan Alisha dan Amzar lakonan Izzue Islam sangat bahagia pada awalnya. Sementara Amzar keluar mencari kerja, Alisha banyak membantu keluarga Amzar. Satu hari Amzar lulus temuduga dan diterima bekerja sebagai seorang peguam di sebuah firma guaman. Alisha sangat teruja bila mendapat tahu bahawa Amzar berjaya menjadi seorang peguam, kerjaya yang selama ini diidamkan Amzar. Demi untuk memastikan Amzar selesa ke tempat kerja, Alisha membeli beberapa helai kemeja untuk kekasih hatinya itu sebagai tanda sokongan. Kerana komited dan fokus

Poslaju Kuala Terengganu Yang Sesak Perlu Dipindahkan

Imej
Inilah punca kenapa perkhidmatan poslaju di Kuala Terengganu sangat lambat. Barang-barang dilambakkan di depan pejabat poslaju. Pelanggan terpaksa beratur sampai ke luar.  Dahulu Poslaju Kuala Terengganu mula-mula dibuka di Jalan Sultan Sulaiman. Disebabkan jalan yang sempit, berpindah ke lokasi sekarang di Jalan Sultan Omar namun masalah tetap tidak selesai.  Sudah sampai masa pihak Poslaju berpindah sekali lagi ke ruang pejabat yang lebih selesa dengan kawasan parking yang lebih luas untuk pelanggan dan juga lori poslaju.  Foto : Wan Muliani

Biodata Da'i Niezal Juara Pendakwah Nusantara 2016

Imej
Biodata Da'i Niezal Juara Pendakwah Nusantara 2016  Nama : Mohd Sufwan Niezal bin Sabri Asal : Terengganu Umur : 19 tahun Pendidikan : Diploma Dakwah dan Pengurusan di Kolej Universiti Islam Sultan Ahmad Shah, Pahang. Idola : Ustaz Amir Asyraf , Ustaz Azhar Lathif & Mufti Ismail Menk

Kena ludah hantu. Mitos atau penyakit kulit?

Imej
Pernah dengar " kena ludah hantu "?. Masa kecil dahulu, saya pernah kena ludah hantu iaitu selepas naik dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu. Saya pun tak pasti kenapa orang Melayu kita memanggilnya dengan nama kena ludah hantu. Namun dari segi perubatan, ia adalah salah satu penyakit kulit yang dipanggil Urticaria . Dalam istilah perubatan, keadaan ini dipanggil "urticaria". Urticaria adalah bengkakan merah jambu yang gatal (wheals) dan berlaku secara setempat pada mana-mana bahagian kulit dan akan merebak kecuali bahagian kuku dan rambut sahaja. Kesan merah-merah ini akan kelihatan beberapa minit atau berjam-jam lamanya sebelum pulih sepenuhnya dalam tempoh masa 48 jam tanpa meninggalkan sebarang kesan. Bagi sesetengah orang, urticaria ini akan pulih dalam tempoh beberapa hari atau minggu. Urticaria dihasilkan akibat kebocoran cecair melalui saluran darah kecil pada kulit. Perubahan tersebut berlaku akibat pembebasan satu bahan kimia asli iaitu hista