Top Ad 728x90

Sabtu, 27 Disember 2014

Banjir di Pantai Timur, Satu Penjelasan

Banjir di Pantai Timur, Satu Penjelasan



Allah sedang menguji hambanya. Mengikut ahli meterologi ;

1. Pantai Timur khususnya Kelantan boleh berdepan dgn banjir yang lebih besar jika kawasan penumpuan angin (palung) masih tidak bergerak ke arah Selatan Semenanjung. Sepatutnya ia sudah bergerak ke arah Johor. Ini menyebabkan wap air terus terkumpul dan kwsn ini menerima hujan yang lebih banyak. Mengapa palung tidak bergerak?. Tiada kajian khusus mengenainya tetapi biasanya ia berkaitan dgn kewujudan tekanan tinggi dan rendah secara global.

2. Keadaan banjir diburukan lagi dgn fenomena air pasang besar di Perairan Pantai Timur yang menyebabkan air sungai serta air banjir sukar utk mengalir keluar ke pantai. Air pasang besar berlaku kerana pengaruh daya graviti bulan.


3. Hujan lebat akan terus berlangsung bermula Ahad ini berikutan angin sejuk dari arah China yang akan bergerak ke sebelah sini.


4. Keadaan banjir yang luar biasa di Kelantan juga disebabkan angin kuat yang bertiup dari Barat Lautan Pasifik dan China yg berterusan sejak awal bulan lalu. Tahun ini berbeza, angin itu datang secara berterusan. Sebelum ini ia ada berhenti sekejap-sekejap.


5. Sebenarnya, Kelantan boleh mengalami banjir besar lebih awal lagi tetapi selamat kerana ditampan oleh ribut tropika yg menyeberangi Laut China Selatan ke Vietnam.


Air, hujan, awan, angin, bulan semuanya makhluk Allah yang sentiasa patuh atas perintah Maha Pencipta. Maha Suci Allah. Yakinlah, ada sesuatu di sebalik sesuatu.

0 komen:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Top Ad 728x90