Search here and hit enter....

SEO - Berapa lama laman web @ blog anda akan berada di muka pertama Google?


Beberapa hari sehingga 1 Bulan
Google menjumpai laman web anda dan mula indeks beberapa muka surat. Jika halaman anda tidak boleh dijumpai di Google selepas sebulan (tidak stabil), anda akan kerugian.

2 hingga 3 Bulan
Dalam beberapa bulan pertama Google mula indeks laman web anda. Tidak semua laman diindeks lagi. Google menentukan jadual secara berperingkat. Ia adalah sangat penting bagi anda menambah kandungan yang segar dan unik sekurang-kurangnya pada setiap minggu dan menambah pautan balik (blacklink) dari muka surat yang berkaitan. Bergantung kepada niche anda dan usaha anda, PageRank akan berubah dari 0 kepada 4. Ya, ia adalah benar, PR4 boleh didapati selepas 3 bulan.

6 Bulan
Menjelang akhir bulan 6, semua halaman anda akan diindeks sepenuhnya dan Google akan melihat backlinks anda untuk menentukan kedudukan anda. Beberapa kata kunci anda mula dilihat halaman pertama. Anda perlu terus menambah backlinks yang berkaitan dan kandungan yang unik secara tetap. Pagerank boleh meningkat jika anda konsisten.

12 - 24 Bulan
Sekarang anda akan dapat melihat peningkatan yang ketara dalam trafik, serta PageRank akan bertambah baik. PageRank 5 hingga 6 boleh diperolehi dalam tempoh ini. Jika anda melakukan sekurang-kurangnya beberapa perkara yang betul dan berterusan, Google akan menyenaraikan laman web anda sekarang di halaman pertama.

Selamat ber-SEO :)

Advertisement

BERIKAN KOMENTAR ()