Top Ad 728x90

,

Tutorial 4 - Memasukkan Gadget ke dalam Blog Anda

Login masuk ke akaun Blogspot anda. Di Dashboard, klik "Layout".

Untuk memasukkan gadget, klik "Add a Gadget".


Anda boleh memasukkan pelbagai gadget seperti yang terdapat di dalam senarai. Namun begitu, biasanya gadget yang boleh dikatakan "wajib" ada dalam sesebuah blog ialah :

1. About Me - Profile anda (termasuk gambar anda)

2. Followers - ia penting untuk menarik pengunjung blog anda supaya mereka tahu apabila anda post artikel baru.

3. Search Box

4. Labels - Kategori artikel yang anda tulis

5. Blog Archive - Senarai artikel yang anda post mengikut susunan

6. Blog List - Senarai link blog rakan-rakan anda

Untuk memasukkan gadget dari luar, anda perlu klik HTML/JavaScript dan masukkan kod HTML yang diberikan oleh pihak penyedia gadget luar.

Di antara gadget pilihan luar yang boleh dimasukkan ke dalam blog anda ialah :

- Statistik pelawat blog

- Jam / tarikh

- Video / Gambar

- Lagu

- Iklan (Adsense, Nuffnang, Adverlets dan lain-lain)

Apabila selesai memasukkan gadget, SAVE layout blog anda. Untuk mengalih kedudukan gadget dalam blog anda, anda hanya perlu drag (tekan dan alih) kedudukan gadget tersebut. SAVE sekali lagi dan "View Blog" untuk melihat blog anda.

Saya akan sentuh mengenai gadget-gadget pilihan di dalam tutorial yang akan datang. Macamana dengan blog anda? Setakat ini ada apa-apa masalah? Jika ada apa-apa masalah, bolehlah dikemukakan di ruangan komen :)

2 Comment:

  1. saya tak faham cmne nak masukkan iklan dlm blog..
    kite boleh dpt duet kann dgn iklan2 cmtuh??

    BalasPadam
  2. salam Adha,camana nak letakkan nama dan nama blog di atas gmbar..

    BalasPadam

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90