Tutorial 3 - Menukar Template (Layout) Blogspot yang baru

Terdapat pelbagai template (layout) percuma boleh didapati di internet untuk pengguna-pengguna blogspot. Anda boleh melawati laman web seperti berikut:


http://freetemplates.blogspot.com

http://btemplates.com

http://www.ourblogtemplates.com




Saya ambil contoh di http://www.bloggertemplatesfree.com , klik "Live Demo" untuk melihat template yang anda suka. Untuk muat turun (download) template tersebut, klik "Download". Fail template tersebut akan di muat turun dalam bentuk .zip. Anda memerlukan perisian winzip untuk unzip fail tersebut. Apabila selesai, buka file tersebut dan "select all" semua kod HTML yang terdapat dalam fail tersebut.


Login akaun blogspot anda. Di bahagian Dashboard, klik bahagian "Layout" seperti anah panah di atas.



Selepas itu, klik "Edit HTML" seperti gambar di atas.



Apabila bahagian "Edit Template" telah di buka. Anda perlu padamkan (delete) kod HTML yang lama. Salin (copy) kod HTML yang telah anda select all dalam fail tadi. Selepas itu, masukkan (paste) kod HTML baru ke dalam ruangan edit template tersebut.

Apa selesai, klik bahagian "PREVIEW" untuk menguji samaada template itu sesuai atau tidak dengan blog anda. Jika tiada apa-apa error keluar, anda boleh "SAVE TEMPLATE" tersebut. Jika ada error, anda perlu memilih & muat turun template yang lain. Klik "View Blog" untuk melihat template baru anda.

Sekarang, blog anda sudah berwajah baru :)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Terminal Bersepadu Gombak (TBG) dibuka Mei 2024

Permohonan menjadi Guru KPM Tahun 2024 kini dibuka

Fenomena Ekuinoks Mac