Search here and hit enter....

Tutorial 1 - Daftar blog di Blogspot

Hari ini saya akan mulakan tutorial cara mendaftar blog di Blogspot. Mungkin bagi sesetengah orang yang "celik IT", tidak memerlukan tutorial seperti ini. Tapi mungkin anda tidak percaya di luar sana, masih ramai lagi yang "buta IT" dan memerlukan bimbingan.

Saya menerima banyak permintaan daripada rakan-rakan yang ingin belajar cara buat blog. Jadi, dengan tutorial seperti ini, saya harap sedikit sebanyak dapat membantu anda yang kurang mahir IT untuk turut sama "berblogging". InsyaAllah, saya akan bantu anda dari anda merangkak sehinggalah anda boleh berlari. Secara PERCUMA :)

Buat permulaan ini, saya tumpukan kepada penggunaan Blogspot. Mula-mula sekali, anda pergi ke website Blogspot : http://www.blogspot.com atau Blogger : http://www.blogger.com.


Klik "CREATE A BLOG" (seperti gambar di atas)


Bagi anda yang sudah mempunyai akaun Gmail, boleh terus klik di bahagian "sign in first" seperti yang ditunjukkan oleh anak panah.


Masukkan e-mail Gmail dan password anda. Seterusnya, klik "sign in".

Bagi yang hanya mempunyai e-mail Yahoo! dan tiada e-mail Gmail, anda perlu mengisi butiran seperti di dalam gambar di atas. Tapi saya syorkan supaya anda mendaftar akaun e-mail Gmail. Ok, jika ingin teruskan dengan e-mail Yahoo!, masukkan e-mail Yahoo! anda, password yang anda inginkan (sekurang-kurangnya 8 huruf @ nombor), nama penuh, huruf pengesahan (word verification) dan klik di bahagian "Acceptance of terms". Klik "CONTINUE" apabila selesai.

Sila tulis nama blog dan juga alamat url blog yang anda inginkan. Klik "Check availability" untuk semak samaada alamat url itu sudah diambil orang lain atau tidak. Seterusnya, "CONTINUE" untuk mendaftar blog anda.


Sekarang, anda perlu memilih salah satu template seperti yang dipaparkan. Template ini anda boleh ubah pada bila-bila masa kemudian. Saya akan ajar bagaimana untuk mencari dan menukar kepada template yang menarik di dalam tutorial yang akan datang.

Sekarang blog anda sudah didaftarkan dan sedia untuk dilayari di internet! Klik "START BLOGGING" untuk menulis entri yang pertama.


Taip apa sahaja yang anda mahu seperti di atas. Masukkan tajuk, isi dan labels. Bahagian labels tidak wajib tetapi ia penting untuk anda membuat "kategori" nanti. Jika anda belum bersedia untuk memasukkannya ke dalam blog, anda boleh simpan dahulu dengan klik "SAVE". Anda boleh publish kemudian. Klik "PUBLISH POST" untuk memasukkan entri tersebut ke dalam blog.

Sekarang, anda boleh "view blog" anda menggunakan alamat url yang anda daftar tadi. Contohnya, http://blogadha.blogspot.com


Jika anda ingin menambah entri kedua dan seterusnya, anda tekan "NEW POST". Mudah bukan? Jika ada sebarang masalah, anda boleh bertanya di ruangan komen.

Tutorial seterusnya nanti saya akan bagi panduan cara untuk setting di blog anda pula. Jumpa lagi :)


Advertisement

BERIKAN KOMENTAR ()