Catatan

Tunjukkan catatan dari 2009

Anda ketagih internet?

Imej
Saya ingin berkongsi satu artikel mengenai kajian ketagihan internet yang saya baca di blog Ukiran Cinta . Menurut satu kajian daripada Center For Online Addiction, terdapat pelbagai jenis ketagihan dan ianya boleh dikategorikan kepada lima kategori utama iaitu seperti berikut: 1. Ketagihan mendapatkan maklumat. Ia merujuk kepada individu-individu yang menggunakan internet untuk mencari sesuatu maklumat dengan kadar yang berlebihan. 2. Ketagihan menggunakan komputer. Ia merujuk kepada individu-individu yang menggunakan komputer secara berlebihan terutamanya mereka yang terlibat dalam pengaturcaraan dan permainan komputer. 3. Ketagihan bahagian-bahagian tertentu dalam internet. Ia merujuk kepada individu-individu yang gemar berkunjung ke bahagian-bahagian tertentu dalam internet. Misalnya ruangan perjudian, permainan online dan barangan lelong. 4. Ketagihan hubungan siber. Ia merujuk kepada individu yang gemar menjalinkan hubungan secara online menerusi ruangan bilik berbual seperti IR

Doa Akhir Tahun 1430 & Awal Tahun 1431 Hijrah

Imej
DOA AKHIR TAHUN Sempena akhir tahun hijrah pada petang 17 Disember 2009 (30 Zulhijjah 1430), kita dianjurkan supaya berdoa pada waktu asar. Dibaca 3 kali pada penghujung waktu Asar, sebelum masuk waktu Maghrib. Dengan izin Allah, orang yang berdoa akan mendapat perlindungan Allah dari fitnah dan tipu daya syaitan dari semua dosa selama setahun yang lalu. Maksudnya: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Semoga Allah cucurkan Rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Ya Allah wahai Tuhanku, perkara-perkara yang telah aku lakukan daripada perbuatan-perbuatan yang Engkau larang dalam tahun ini maka aku belum bertaubat daripadanya padahal Engkau tidak meredhainya dan Engkau tidak melupakannya (Tuhan yang tidak bersifat lupa) dan Engkau berlembut tidak mengazabku malah memberi peluang supaya aku bertaubat selepas aku melakukan maksiat itu. Maka aku memohon keampunanMu. Ya Allah, ampunilah aku dan mana-m

Tutorial 4 - Memasukkan Gadget ke dalam Blog Anda

Imej
Login masuk ke akaun Blogspot anda. Di Dashboard, klik "Layout". Untuk memasukkan gadget, klik "Add a Gadget". Anda boleh memasukkan pelbagai gadget seperti yang terdapat di dalam senarai. Namun begitu, biasanya gadget yang boleh dikatakan "wajib" ada dalam sesebuah blog ialah : 1. About Me - Profile anda (termasuk gambar anda) 2. Followers - ia penting untuk menarik pengunjung blog anda supaya mereka tahu apabila anda post artikel baru. 3. Search Box 4. Labels - Kategori artikel yang anda tulis 5. Blog Archive - Senarai artikel yang anda post mengikut susunan 6. Blog List - Senarai link blog rakan-rakan anda Untuk memasukkan gadget dari luar, anda perlu klik HTML/JavaScript dan masukkan kod HTML yang diberikan oleh pihak penyedia gadget luar. Di antara gadget pilihan luar yang boleh dimasukkan ke dalam blog anda ialah : - Statistik pelawat blog - Jam / tarikh - Video / Gambar - Lagu - Iklan (Adsense, Nuffnang, Adverlets dan lain-lain) Apabila selesai mema

Tutorial 3 - Menukar Template (Layout) Blogspot yang baru

Imej
Terdapat pelbagai template (layout) percuma boleh didapati di internet untuk pengguna-pengguna blogspot. Anda boleh melawati laman web seperti berikut: http://www.bloggertemplatesfree.com http://freetemplates.blogspot.com http://btemplates.com http://www.ourblogtemplates.com Saya ambil contoh di http://www.bloggertemplatesfree.com , klik "Live Demo" untuk melihat template yang anda suka. Untuk muat turun (download) template tersebut, klik "Download". Fail template tersebut akan di muat turun dalam bentuk .zip. Anda memerlukan perisian winzip untuk unzip fail tersebut. Apabila selesai, buka file tersebut dan "select all" semua kod HTML yang terdapat dalam fail tersebut. Login akaun blogspot anda. Di bahagian Dashboard, klik bahagian "Layout" seperti anah panah di atas. Selepas itu, klik "Edit HTML" seperti gambar di atas. Apabila bahagian "Edit Template" telah di buka. Anda perlu padamkan (delete) kod HTML yang lama. Salin (c

Jodoh Tidak Datang Bergolek-golek :)

Imej
Mengenali seseorang adalah detik terindah dalam kehidupan manusia. Baik lelaki mahupun wanita, perasaan sama tetap wujud. Sifat ingin mengenali seterusnya menjalin hubungan serius adalah lumrah bagi semua orang. Namun sebelum mengenali seseorang, kita perlu tahu masa yang sesuai untuk mengenalinya. Malam? Siang? Pagi atau petang?    Kadangkala kita hanya memikirkan waktu senggang kita saja tanpa mengendahkan keadaan senggang si dia. Serba salah dibuatnya. Tidak dihubungi, hati memberontak ingin mendengar suaranya. Apabila dihubungi, takut mengganggu dirinya. Ada sesetengah lelaki lebih didorong rasa malu untuk memulakan sesuatu perhubungan hingga terpaksa melepaskan insan paling disenanginya gara-gara sukar mengungkapkan apa yang terpendam.    Justeru, bagaimana mahu memulakan suatu persahabatan, menjalinnya penuh berhemah dan seterusnya mengikat hubungan yang lebih serius? Petua berikut mungkin berguna buat anda yang berkira-kira untuk memulakan suatu persahabatan yang suci: Cari

Pertandingan Akhir Tahun oleh Usahawan Internet, Raja Kamil

Imej
Di akhir tahun ni, banyak betul peraduan dan pertandingan yang dianjurkan oleh para blogger. Pertandingan akhir tahun yang saya ingin kongsikan dengan anda ialah pertandingan akhir tahun yang dianjurkan oleh Raja Kamil (RK): Raja Kamil seorang usahawan internet sepenuh masa mengadakan cabutan bertuah lagi. Hadiah kali ini lebih lumayan daripada sebelum ini. Begitu juga dengan syaratnya, paling mudah, tak sampai seminit pun masa diperlukanuntuk peluang memenangi hadiah beliau. Jika anda hendak memenangi sebuah MP3 Player berkapasiti 2GB, baca lanjut di cabutan http://rajakamil.biz/2009/11/20/pertandingan-akhir-tahun-update P/S : Raja Kamil (RK) merupakan seorang usahawan internet yang amat saya kagumi dan menjadi sifoo saya -> Ayat membodek nak mp3... hehe :)

Tutorial 2 - Setting blog di Blogspot

Imej
Mula-mula anda login masuk akaun Blogspot anda di : http://www.blogger.com atau http://www.blogspot.com Di Dashboard, ada 3 bahagian untuk menetapkan setting di Blogspot iaitu Settings Profile, Settings Blog dan juga Settings Layout (Template Blog) seperti gambar di atas. SETTING PROFILE Isi maklumat yang dikehendaki dan jangan lupa masukkan gambar anda di bahagian profile ini. Klik SAVE PROFILE apabila selesai. SETTING BLOG Klik bahagian "Settings" dan terdapat beberapa bahagian kecil seperti berikut: Basic Publishing Formatting Comments Archiving Site Feed Email & Mobile OpenID Permissions Di bahagian Basic, masukkan nama blog, penerangan dan beberapa setting basic yang lain. Sementara di bahagian Publishing, anda boleh menukar alamat url blog (jika perlu). Di bahagian Formatting pula, anda boleh menukar format entri blog, format tarikh, masa dan bahasa. Di bahagian Comments, anda boleh menukar setting untuk komen di blog anda. Tekan SAVE SETTINGS apabila selesai. Tu

Jom sertai Contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL - Hadiah lumayan menanti anda!

Imej
Assalamualaikum semua, Bagaimana dengan keadaan kewangan anda di akhir2 tahun ni? Bagi yang telah mempunyai anak, mesti sibuk untuk menyediakan persiapan persekolahan anak-anak. Mesti banyak nak guna duit. Apa kata, bagi yang dah ada blog tu, jom pakat ramai2 sertai contest BERANI HIDUP UNTUK GAGAL. Manalah tahu, rezeki anda nanti berjaya dapat hadiah wang tunai yang ditawarkan. Apa yang perlu dibuat? Senang saja, pertama sekali anda mestilah ada blog. Buat satu entri di blog anda dengan tajuk BERANI HIDUP UNTUK GAGAL. Tulislah apa saja yang bermain di fikiran anda. Tiada syarat artikel tu panjang atau pendek. Di bawah artikel tu, anda hendaklah tulis "Saya mendapat tahu mengenai contest ini daripada MY ADHA : http://myadha.blogspot.com " Juga jangan lupa letak DSGClicks , Berani Gagal Network , One Malaysia Blogshops , Anisha Online Mall dan Saudacare sebagai sponsor contest ini. Bila rakan-rakan anda menyertai melalui anda, rakan anda pula akan meletakkan nama anda sebag

Apa itu blog?

Imej
Blog berasal dari singkatan untuk web log dalam bahasa Inggeris iaitu sebuah laman web yang kemasukannya (entri) ditulis menurut urutan kronologi dan dipaparkan dengan tertib terbalik mengikut tarikh dan masa ia diterbitkan (publish). Blog memberikan ulasan atau berita mengenai sesuatu tajuk, umpamanya blog peribadi, politik, sosial atau berita tempatan, dengan sesetengah blog berperanan lebih sebagai buku harian peribadi dalam talian . Keupayaan para pembaca untuk meninggalkan ulasan mereka dalam format interaktif merupakan ciri yang utama untuk banyak blog. Kebanyakan blog umumnya adalah blog teks, walaupun ada sesetengahnya bertumpu pada gambar foto ( blog foto ), video ( vlog ) dan muzik ( blog MP3 ). Terdapat dua penyedia hosting blog percuma yang paling popular di dunia iaitu Blogspot dan Wordpress. Blogspot (Blogger) Wordpress.com Selain daripada itu, ada beberapa penyedia hosting blog percuma yang "kurang" dikenali ramai. Di antaranya ialah: Blogdrive xanga tumblr

Selamat Datang ke Blog Adha :)

Imej
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,  Selamat datang diucapkan kepada rakan-rakan yang sudi datang ke blog kedua saya ini dan salam perkenalan kepada yang baru mengenali saya. Di atas cadangan rakan-rakan, akhirnya pada hari ini 12/12/2009, tarikh yang cukup istimewa, saya telah mengambil keputusan untuk membuka blog peribadi yang lebih bersifat santai di mana saya sendiri akan menulis artikel di dalam blog ini.  Ini kerana sepertimana yang anda sedia maklum, blog saya sebelum ini iaitu MY ADHA™ adalah blog maklumat yang memaparkan artikel dan berita dari pelbagai sumber dan lebih berbentuk formal & serius. Di dalam blog yang baru ini, saya akan berkongsi pengetahuan, pengalaman dan pandangan saya tentang pelbagai topik dengan anda semua. Ini termasuklah topik isu semasa, sosial, politik, pendidikan, bisnes, ekonomi, komputer, internet dan juga cara untuk berblog (blogging). Walaupun bukanlah seorang blogger yang terkenal atau "otai" kata budak-budak sekarang, saya aka