Isnin, Januari 07, 2019

Giliran negeri mana untuk jadi Agong?



Peletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong akan disusuli dengan pemilihan ketua negara baru buat Persekutuan Malaysia.

Majlis Raja-raja akan bermesyuarat \untuk membincangkan perkara itu, tetapi tidak jelas sama ada keputusan akan dibuat secara segera.

Pada masa ini, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah - yang juga timbalan Yang di-Pertuan Agong - akan menjadi pemangku Yang di-Pertuan Agong. Agong dipilih berdasarkan sistem penggiliran setiap lima tahun.

Menurut senarai, giliran seterusnya adalah Pahang. Namun Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah tidak sihat dan takhta kini dipangku anaknya Tengku Abdullah.

Situasi ini mempunyai persamaan ketika giliran Kelantan. Pada masa itu, bapa Sultan Muhammad V, Sultan Ismail Petra juga tidak sihat. Namun perbezaan utama adalah ketika giliran Kelantan, Sultan Muhammad V sudah pun menjadi sultan Kelantan.

Sultan Ismail Petra mengalami serangan jantung pada 2009 dan Sultan Muhammad V diangkat menjadi sultan.

Tengku Abdullah pula hanyalah pemangku dan bukan sultan secara rasmi.

Jika Majlis Raja-raja memutuskan ia tidak boleh memilih Yang di-Pertuan Agong baru dari Pahang, giliran seterusnya adalah Johor yang diperintah Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Negeri selepas Johor adalah Perak.

Walaubagaimanapun,  undian secara rahsia akan dijalankan di kalangan sembilan Raja Melayu bagi menentukan siapa bakal Yang di-Pertuan Agong seterusnya. Ia tidak semestinya mengikut giliran.

Jika proses pemilihan berjalan lancar, Yang di-Pertuan Agong baru akan ditabalkan pada April 2019.

Yang di-Pertuan Agong letak jawatan




Sultan Muhammad V meletakkan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 berkuatkuasa 6 Januari 2019 (Ahad).

Perkara itu dimaklumkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Wan Ahmad Dahlan Abd Aziz melalui kenyataan media Istana Negara hari ini.

Dalam kenyataan itu, turut dinyatakan bahawa baginda berterima kasih kepada kerajaan kerana memberi kerjasama mentadbir negara dan berharap rakyat Malaysia terus mengekalkan perpaduan.

Sultan Muhammad V yang merupakan Sultan Kelantan ke-29 ditabal menjadi Yang di-Pertuan Agong pada 13 Disember 2016.

Baginda menggantikan Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dari Kedah.

Jawatan Yang di-Pertuan Agong yang juga merupakan ketua negara menggunakan sistem penggiliran yang diberikan kepada Raja-Raja Melayu dari negeri yang dahulunya dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Perak, Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang, Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor.

Sultan Muhammad V bercuti sejak Nov lalu dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang juga Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memangku jawatan Yang di-Pertuan Agong selama dua bulan yang berakhir 31 Dis lalu.

Perkembangan terbaru ini mengesahkan khabar angin yang mula tersebar minggu lalu.

Berikut merupakan kenyataan penuh Istana Negara:

"Bagi menjujung titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V, dengan ini lstana Negara memaklumkan bahawa KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong XV berkuatkuasa 6 Januari 2019 (Ahad) bersamaan 29 Rabiulakhir 1440H selaras dengan Perkara 32(3) Perlembagaan Persekutuan.

"Baginda telah memaklumkan perkara ini secara rasmi kepada Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja melalui warkah yang telah diutuskan kepada Setiausaha Majlis Raja-raja.

"Sepanjang menjalankan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong, Baginda telah berusaha untuk memenuhi tanggungjawab dan amanah selaku Ketua Negara, berperanan sebagai tunggak kestabilan, sumber keadilan, teras perpaduan dan payung penyatuan di kalangan rakyat.


"KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku menzahirkan ucapan terima kasih kepada Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja yang telah memilih Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong XV bermula 13 Disember 2016.

"Baginda juga menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Kerajaan yang telah memberi kerjasama dalam mentadbir negara. Selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera, Baginda amat berbangga dengan pengorbanan serta taat setia yang telah dicurahkan kepada Baginda dan negara selama ini.

"Kepada rakyat Malaysia, KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku bertitah supaya rakyat Malaysia terus bersatu mengekalkan perpaduan, bertolak ansur dan bersepakat dalam memikul tanggungjawab terhadap negara yang berdaufat ini supaya Malaysia terus berada dalam keadaan aman dan harmoni." 

Jumaat, Disember 07, 2018

Tips Temuduga Kerja Kerajaan



Bagi calon yang dipanggil ke temuduga kerja kerajaan, boleh mendapatkan Pakej Panduan Temuduga Kerajaan. Anda akan menerima:

MODUL PANDUAN
MODUL 1 - Rahsia Persiapan Temuduga Kerja Kerajaan
MODUL 2 - Rahsia Teknik Menjawab Soalan Temuduga Kerja Kerajaan
MODUL 3 - Contoh Soalan Dan Skema Jawapan temuduga Kerja Kerajaan
MODUL 4 - Rahsia Kejayaan dan Kegagalan Calon Temuduga Kerja Kerajaan
MODUL 5 - Rahsia Penulisan Resume Temuduga Kerja Kerajaan

Dapatkan PAKEJ PANDUAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN di : http://semakan.info/temuduga/28

Selamat Berjaya

Jumaat, November 30, 2018

Waspada Iklan Jawatan Kosong Palsu Yang Menggunakan Nama LHDN Di Laman Sesawang



WASPADA:
Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan laman sesawang yang memaparkan iklan jawatan kosong palsu, yang menggunakan nama Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) memaklumkan, tiada iklan kerja kosong di LHDN seperti yang dipaparkan dalam beberapa laman web.

LHDN berkata, pihaknya tidak menggunakan pihak ketiga untuk mengiklankan kekosongan jawatan.

“Sebarang maklumat berkenaan iklan kekosongan jawatan LHDN boleh dirujuk di menu ‘Kerjaya’ pada portal rasmi LHDN, www.hasil.gov.my.”

“Kecuaian orang ramai dalam memastikan kesahihan maklumat yang diiklankan boleh menyebabkan mereka mendedahkan maklumat peribadi mereka melalui resume serta butiran diri yang diisi dalam laman sesawang berkenaan.”

Beberapa laman web menyiarkan iklan jawatan kosong di LHDN, antaranya bagi jawatan Pegawai LHDN Gred 31, Penolong Eksekutif Hasil (Penaksiran) yang mempunyai 300 kekosongan, Penolong Eksekutif Hasil (Perundangan) dan Pembantu Hasil (Percukaian & Operasi).

Sumber : sebenarnya.my

Sabtu, November 03, 2018

Intipati Bajet 2019

BAJET 2019 oleh kerajaan yang diterajui Pakatan Harapan dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada jam 4 petang, Jumaat, 2 November 2018.

Berikut adalah Intipati Belanjawan 2019:

- Hutang dan liabiliti sebenar Kerajaan sehingga akhir Jun 2018 adalah RM1,065 bilion, iaitu hampir RM350 bilion lebih tinggi daripada jumlah yang didedahkan secara rasmi oleh Kerajaan terdahulu.

- Perincian hutang ini merangkumi RM725.2 bilion hutang langsung Kerajaan Persekutuan, RM155.8 bilion komitmen luar jangka dan RM184.9 bilion liabiliti lain termasuk bayaran pajakan bagi projek Kerjasama Awam Swasta (PPP).

- Kerajaan mendapati pentadbiran terdahulu telah secara rahsia membayar hutang 1MDB hampir RM7 bilion sehingga 30 April 2018.

- Kerajaan juga mendapati bahawa negara mungkin perlu membayar sehingga RM43.9 bilion lagi bagi menyelesaikan hutang 1MDB ini.

Sehingga 31 Mei 2018, jumlah tunggakan bayaran balik adalah RM35.4 bilion, di mana tunggakan GST adalah sebanyak RM19.4 bilion sementara tunggakan cukai pendapatan berjumlah RM16 bilion.

- Kerajaan telah membatalkan projek Multi-Product Pipeline dan Trans-Sabah Pipeline berjumlah RM15 bilion. Selain itu, kerja pembinaan ECRL berjumlah RM81 bilion telah digantung dan kini kosnya sedang dirunding semula.

- Kerajaan juga telah membatalkan projek MRT3 yang bernilai RM60 bilion sehingga projek MRT2 disiapkan.

- Menangguhkan pelaksanaan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur – Singapura yang menelan belanja sekurang-kurangnya RM110 bilion.

- Kerajaan telah berjaya mengurangkan kos keseluruhan projek LRT3 daripada RM31.6 bilion kepada hanya RM16.6 bilion.

image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/11/02/intipati-bajet-2019/~/media/1430276babf14855add2be1a0c7815f9.ashx?la=en



- Bagi projek MRT2 yang diuruskan oleh MRT Corp pula, Kerajaan telah berjaya menurunkan kos kontrak pembinaan sebanyak RM8.8 bilion daripada RM39.3 bilion kepada RM30.5 bilion, iaitu penjimatan sebanyak 22.4%.

- Projek Landasan Berkembar Lembah Klang 2 bernilai RM5.2 bilion akan ditender semula melalui tender terbuka dan dijangka akan memberi penjimatan kos yang besar.

- Kerajaan akan mengambil segala tindakan untuk mendapat segala dana yang hilang atau dicuri daripada 1MDB.

- 1MDB dan Kerajaan Malaysia tidak akan membayar baki US$4.32 bilion kepada IPIC dan Aabar dan sebaliknya akan menuntut pemulangan US$1.46 bilion yang telah dibayar.

- Kerajaan telah berjaya memiliki semula kapal layar super-mewah, Equanimity dan akan mula menerima bidaan antarabangsa dalam tempoh satu bulan dari tarikh 5 November 2018.

Di bawah GST, bagi barangan, hanya 545 item telah dikenakan pada kadar sifar manakala di bawah SST, hampir sepuluh kali ganda item dikecualikan daripada Cukai Jualan.

- Berdasarkan kajian awal Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, 70% atau 291 daripada 417 barang dan perkhidmatan yang telah diperiksa, didapati terdapat penurunan harga pada September 2018.

- Kerajaan akan memperkenalkan sistem kredit untuk potongan cukai jualan mulai 1 Januari 2019. Sistem kredit akan juga mengelak percukaian berganda dan menurunkan kos perniagaan.

- Perkhidmatan yang diimport akan dikenakan Cukai Perkhidmatan.

- Bagi perkhidmatan atas talian yang diimport oleh pengguna, penyedia perkhidmatan asing akan dikehendaki berdaftar dengan Kastam, mengenakan dan meremit cukai perkhidmatan yang berkaitan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2020

- Kerajaan akan melancarkan Program Khas Pengakuan Sukarela (Special Voluntary Disclosure Program) untuk memberi peluang kepada pembayar cukai mengisytiharkan secara sukarela sebarang pendapatan yang tidak dilaporkan.

- LHDN akan meneliti dan menyiasat sebarang harta kekayaan luar biasa yang ditunjukkan melalui pemilikan barang-barang mewah seperti barang kemas, jam tangan, beg tangan, kereta mewah atau hartanah.

- Setelah berjaya melancarkan sistem SST, Kastam akan meningkatkan penguatkuasaan ke atas penyeludupan rokok.

Kerajaan berharap untuk mendapatkan semula sekurang-kurangnya RM1 bilion daripada usaha membanteras aktiviti penyeludupan dan penipuan, yang sebelum ini tidak dapat dikutip.

- Kerajaan akan mencadangkan pengenaan levi pelepasan bagi semua penumpang ke luar negara melalui laluan udara bermula 1 Jun 2019.

- RM20 dikenakan ke atas penumpang ke negara Asean dan kedua, sebanyak RM40 dikenakan ke atas penumpang ke negara lain.

- Kerajaan akan meneruskan dan menambahbaik Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada B40 dengan memberikan bantuan secara lebih bersasar.

- Isi rumah berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah akan menerima bantuan berjumlah RM1,000.

- Isi rumah berpendapatan bulanan dari RM2,001 hingga RM3,000 ke bawah akan menerima bantuan berjumlah RM750.

- Isi rumah berpendapatan bulanan dari RM3,001 hingga RM4,000 akan menerima bantuan berjumlah RM500.

Kerajaan akan memperkenalkan kadar tambahan BSH sebanyak RM120 untuk setiap anak berumur 18 tahun ke bawah terhad kepada 4 orang, kecuali anak OKU yang tidak dihadkan umur mereka.

-Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) i-SURI. Melalui skim ini, Kerajaan akan menyediakan geran padanan RM40 setiap bulan sebagai insentif kepada suami penyayang yang mencarum dengan kadar minimum RM5 sebulan kepada simpanan persaraan isteri.

-Subsidi minyak secara bersasar kepada pihak memiliki sebuah kereta sahaja yang berkapasiti enjin 1,500cc dan ke bawah atau motosikal berkapasiti enjin 125cc dan ke bawah.

-Kerajaan akan memberi subsidi petrol RON95 sebanyak 30 sen seliter terhad kepada 100 liter sebulan bagi kereta atau 40 liter bagi motosikal.

M2 bilion diperuntukkan dan dijangka dapat memanfaatkan seramai 4 juta pemilik kereta dan 2.6 juta pemilik motosikal.

-Barangan yang terlibat adalah tepung gandum, gula bertapis dan minyak masak dalam paket 1kg, serta beras tempatan 15% hancur pek 10kg, Petrol RON95, diesel dan LPG.

-Subsidi bil elektrik bulanan hanya dikhususkan kepada golongan miskin dan miskin tegar yang berdaftar dengan program e-Kasih, kadar subsidi ditingkatkan kepada RM40 sebulan dan memanfaatkan 185,000 akaun. Peruntukan sebanyak RM80 juta disediakan.

-Bagi menggalakkan peluang pekerjaan bagi rakyat Malaysia yang berumur 60 ke atas, kerajaan mencadangkan supaya caruman mandatori KWSP bagi majikan dikurangkan daripada 6% kepada 4%.

-Bagi memastikan bekas banduan tidak ketinggalan dalam arus pembangunan serta dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, potongan cukai tambahan diberi kepada syarikat yang menggaji pekerja dalam kategori ini.

-Pemberian bantuan sebanyak RM500 secara one-off kepada pesara yang masih menerima pencen kurang daripada satu ribu ringgit

-Kerajaan memperuntukkan RM10 juta setahun untuk memanjangkan kemudahan perubatan kepada ibu bapa pegawai lantikan kontrak.

-Kerajaan mencadangkan kenaikan gaji minimum kepada RM1,100 di seluruh Malaysia mulai 1 Januari 2019.

-Kerajaan melalui usahasama dengan syarikat insurans swasta, akan memperkenalkan Dana Perlindungan Kesihatan Nasional B40.

-Menyediakan perlindungan percuma ke atas 4 penyakit kritikal utama sehingga RM8,000 dan maksimum 14 hari pendapatan gantian semasa rawatan hospital pada kadar RM50 sehari atau bersamaan RM700 setahun.

Kerajaan akan memperuntukkan hampir RM29 bilion untuk perkhidmatan kesihatan yang merupakan peningkatan sebanyak 7.8% berbanding tahun lepas.

-Meneruskan program saringan percuma pengesanan kanser payudara (mamogram), program vaksinasi HPV dan ujian saringan Pap Smear di hospital dan klinik Kerajaan dengan peruntukan sebanyak RM20 juta.

-Menyediakan peruntukan sebanyak RM50 juta bagi rawatan penyakit jarang jumpa, rawatan virus Hepatitis C, program menangani masalah pertumbuhan bantut di kalangan kanak-kanak, menyediakan saringan dan peluasan rawatan haemodialisis serta Enhanced Primary Healthcare (EnPHC).

-Kerajaan bercadang untuk memperkenalkan duti eksais mulai 1 April 2019 pada kadar 40 sen per liter ke atas dua kategori minuman bergula dikilangkan dalam bentuk pembungkusan yang sedia diminum.

-Mempertingkatkan keselamatan dalam negeri dan pertahanan negara dengan peruntukan pembangunan sebanyak RM5.9 bilion kepada Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri.

-Bagi memastikan kesejahteraan penjawat awam terutamanya polis, tentera dan guru, RM400 juta untuk penyelenggaraan dan membaik pulih kuarters Kerajaan yang dikenal pasti.

-Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malayisa (REHDA) telah bersetuju untuk mengurangkan sebanyak 10% harga rumah yang tidak tertakluk kepada kawalan harga untuk projek baharu.


Bagi meningkatkan penggunaan pengangkutan awam, Kerajaan memperuntukkan RM240 juta untuk memperkenalkan pas bulanan RM100 tanpa had perjalanan yang meliputi perkhidmatan rel dan bas RapidKL mulai 1 Januari 2019.

-Tabung Pengangkutan Awam dengan dana RM500 juta yang menawarkan insentif subsidi kadar faedah sebanyak 2% kepada teksi dan syarikat bas serta pengendali pengangkutan awam.

-Kerajaan akan membekukan kenaikan bayaran tol di semua lebuhraya dalam bandar pada tahun 2019 yang melibatkan implikasi kewangan yang dianggarkan sebanyak RM700 juta.

-Kerajaan juga akan memansuhkan tol motosikal di Jambatan Pertama dan Kedua di Pulau Pinang, serta Lebuhraya Laluan Kedua di Johor dengan implikasi kewangan dianggarkan sebanyak RM20 juta setahun mulai 1 Januari 2019.

-Kementerian Pendidikan adalah penerima peruntukan yang terbesar berjumlah RM60.2 bilion atau 19.1% daripada keseluruhan perbelanjaan Kerajaan tahun 2019.

-Peruntukan bagi bantuan pendidikan berjumlah RM2.9 bilion untuk membantu golongan yang miskin melalui bekalan makanan, buku teks dan bantuan tunai.

-Menaikkan taraf dan menyelenggara semua sekolah dengan peruntukan RM652 juta berbanding RM615 juta tahun 2018.

*Sekolah Kebangsaan – RM250 juta;
*Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) – RM50 juta;
*Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) – RM50 juta;
*Sekolah Berasrama Penuh – RM50 juta;
*Maktab Rendah Sains Mara – RM50 juta;
*Sekolah Agama Bantuan Kerajaan – RM50 juta;
*Sekolah Mubaligh – RM50 juta;
*Sekolah Tahfiz – RM50 juta;
*Sekolah Pondok yang berdaftar – RM25 juta;
*Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) atau Conforming School – RM15 juta; dan
*Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) – RM12 juta.

-Menyediakan peruntukan sebanyak RM100 juta bagi pembinaan semula sekolah daif di seluruh negara.

-Memperuntukkan RM206 juta untuk membangun dan menyediakan program latihan di politeknik dan kolej komuniti.

-Peruntukan sebanyak RM30 juta disediakan untuk dana ini. Di samping itu, peruntukan RM20 juta disediakan bagi meningkatkan kompetensi belia melalui Program Bootcamp berkaitan TVET.

-Memperkasa aktiviti penyelidikan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dengan peruntukan RM400 juta.

-Meneruskan pemberian biasiswa dan pinjaman pelajaran dengan peruntukan RM3.8 bilion di mana RM2 bilion diperuntukan khusus kepada pelajar Bumiputera tajaan MARA.

-Kerajaan memperuntukkan RM17.5 juta kepada Malaysia Professional Accountancy Centre (MyPAC) untuk mengeluarkan 600 akauntan Bumiputera yang diiktiraf dalam jangka masa 5 tahun.

-Pembayaran balik PTPTN dengan cara potongan gaji berjadual antara 2% hingga 15% daripada pendapatan bulanan peminjam berpendapatan melebihi RM1,000 sebulan.

-Layanan pelepasan cukai pendapatan individu bagi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dinaikkan daripada RM6,000 kepada RM8,000.


Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/11/02/intipati-bajet-2019/#mjeBxudDOaApPr0D.99-Menyediakan peruntukan sebanyak RM100 juta bagi pembinaan semula sekolah daif di seluruh negara.

-Memperuntukkan RM206 juta untuk membangun dan menyediakan program latihan di politeknik dan kolej komuniti.

-Peruntukan sebanyak RM30 juta disediakan untuk dana ini. Di samping itu, peruntukan RM20 juta disediakan bagi meningkatkan kompetensi belia melalui Program Bootcamp berkaitan TVET.

-Memperkasa aktiviti penyelidikan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dengan peruntukan RM400 juta.

-Meneruskan pemberian biasiswa dan pinjaman pelajaran dengan peruntukan RM3.8 bilion di mana RM2 bilion diperuntukan khusus kepada pelajar Bumiputera tajaan MARA.

-Kerajaan memperuntukkan RM17.5 juta kepada Malaysia Professional Accountancy Centre (MyPAC) untuk mengeluarkan 600 akauntan Bumiputera yang diiktiraf dalam jangka masa 5 tahun.

-Pembayaran balik PTPTN dengan cara potongan gaji berjadual antara 2% hingga 15% daripada pendapatan bulanan peminjam berpendapatan melebihi RM1,000 sebulan.

-Layanan pelepasan cukai pendapatan individu bagi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dinaikkan daripada RM6,000 kepada RM8,000.

Potongan pinjaman kepada pelajar daripada isi rumah B40 yang mendapat keputusan kelas pertama.

-Menghapus kira baki hutang kepada peminjam yang berusia 60 tahun dan ke atas dan berpendapatan kurang daripada RM4,000 sebulan, yang memanfaatkan 350 peminjam dengan kos RM4.2 juta.

-RM100 juta diperuntukan sebagai persediaan atlet ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo dengan harapan membawa pulang pingat emas pertama negara.

-RM10 juta untuk membangun dan menggalakkan E-Sports, sebagai sebuah aktiviti dan industri yang diminati oleh generasi muda, yang melibatkan jurutera perisian dan pemaju permainan digital.

-Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1.2 bilion bagi tahun 2019 berbanding RM1.1 bilion tahun 2018 bagi memastikan kemajuan syiar Islam tidak terjejas.

-Sejumlah RM150 juta disediakan bagi melaksanakan program termasuk pembinaan masjid dan surau di seluruh negara, inisiatif ‘Khaira Ummah’ untuk melahirkan lebih ramai profesional di kalangan huffaz dan modul pembelajaran agama dengan penggunaan braille.

Kerajaan akan meneruskan Insentif Penerbitan Filem di Malaysia (FIMI) dengan peruntukan RM30 juta. Tambahan, Khazanah akan menyediakan peruntukan RM100 juta untuk FIMI yang khusus bagi penerbitan filem di studio Pinewood di Iskandar Johor.

-Kerajaan juga akan menguatkuasakan Standard Mandatori Mengenai Harga Capaian (MSAP) yang dijangka akan menurunkan harga jalur lebar talian tetap sekurangnya 25% pada hujung tahun 2018.

-Khazanah Nasional Berhad akan membangunkan 80 ekar tanah di Subang sebagai hub aeroangkasa bertaraf dunia.

Dana pembiayaan PKS oleh institusi kewangan komersial sebanyak RM4.5 bilion dengan 60% jaminan Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) termasuk RM1 bilion untuk PKS Bumiputera;

-Memperuntukkan RM100 juta bagi menambahbaik keupayaan industri PKS dalam industri halal.

-Menyediakan Skim Pembiayaan PKS Patuh Syariah berjumlah RM1 bilion disediakan oleh institusi kewangan Islam dengan Kerajaan memberi subsidi kadar keuntungan sebanyak 2%.

-Permodalan Usahawan Nasional Berhad juga akan menyediakan peruntukan RM200 juta bagi industri pemborongan dan peruncitan serta pembelian premis perniagaan untuk disewa kepada PKS Bumiputera.

-RM100 juta akan diperuntukkan kepada TEKUN untuk membiayai usahawan kecil.

-RM20 juta untuk pelancaran kempen "Beli Barangan Malaysia" untuk menyokong produk dan perkhidmatan tempatan.

-RM30 juta bagi membantu semua pekebun kecil kelapa sawit mendapatkan pengiktirafan persijilan Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO).

-RM2.46 bilion bagi kerja menaik taraf dan memulihara landasan keretapi untuk mempertingkatkan infrastruktur pengangkutan negara.

-Menjadikan tanah seluas 380 ekar di Pulau Indah sebagai Zon Perdagangan Bebas untuk menyokong dan memangkin aktiviti perkapalan dan logistik di Pelabuhan Klang.

RM30 juta bagi membantu semua pekebun kecil kelapa sawit mendapatkan pengiktirafan persijilan Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO).

-Kerajaan akan menyediakan Insentif Pengeluaran Getah dengan peruntukan sebanyak RM50 juta bagi membantu mengurangkan kesan kejatuhan harga getah kepada pekebun kecil. Pekebun kecil akan menerima sokongan pendapatan daripada IPG jika harga getah jatuh bawah RM2.20 sekilogram.

-Geran sepadan RM100 juta akan disediakan kepada syarikat swasta bagi program promosi dan pemasaran pelancongan antarabangsa untuk meningkatkan angka ketibaan pelancong.

-Kerajaan komited untuk menjadikan Pulau Pangkor sebagai pulau bebas cukai untuk merealisasikan potensi sebenar pulau tersebut.

Taraf Pulau Langkawi sebagai pulau bebas cukai akan juga diperkembangkan lagi.

-Membina dan menaiktaraf jalan raya, jalan luar bandar dan jambatan dengan peruntukan RM926 juta.

Meluaskan akses bekalan elektrik dan air di luar bandar dengan peruntukan RM694 juta dan RM738 juta masing-masing.

-Memperuntukkan RM85 juta untuk kampung baharu bagi tujuan menaiktaraf dan memulihara infrastruktur asas seperti jalan raya, dewan komuniti dan kawasan lapang.

-Bagi penempatan FELDA, Kerajaan akan menyediakan peruntukan RM100 juta bagi menaiktaraf jalan, RM160 juta bagi projek sistem bekalan air, RM35 juta bagi projek membina dan naiktaraf bangunan serta projek pemasangan lampu jalan.

-Peruntukkan RM10 juta disediakan untuk menambah 50 Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) di bangunan Kerajaan ke arah meringankan bebanan kerja ibu yang bekerja.

-Kerajaan akan memperuntukkan RM286.8 juta untuk perbelanjaan mengurus Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), iaitu peningkatan 18.5% daripada RM242.1 juta yang diperuntukkan tahun lepas.

Kerajaan mencadangkan bayaran khas sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam gred 54 dan bawah. Bayaran khas sebanyak RM250 juga akan diberi kepada pesara kerajaan. Jumlah bayaran khas ini melibatkan kos RM1 bilion.


Sumber Bajet 2019 -mstar

Sabtu, Oktober 27, 2018

Rumah PPA1M Puncak Temala, Wakaf Tapai, Marang, Terengganu Untuk Dijual



BERITA BAIK UNTUK SEMUA PENJAWAT AWAM:

AZ Land & Properties dengan sukacitanya mengumumkan pembukaan jualan unit perumahan teres 2-tingkat Fasa 1 @ Puncak Temala, Marang, Terengganu, dengan subsidi kerajaan bernilai hampir RM50 ribu, istimewa untuk penjawat awam:

- 1st Integrated Township in Terengganu
- Saiz binaan 1,402 kaki persegi
- Saiz lot 22x70 kaki persegi 
- Hanya 6 km dari Plaza Tol Ajil ke LPT
- 25 km ke Bandar Kuala Terengganu
- 4 bilik, 3 bilik air
- Tempat letak kereta yag besar

- NO DEPOSIT
- NO BOOKING FEES
- FREE SPA & LEGAL FEES

# Kehidupan moden, keindahan kehijauan, lokasi strategik, semuanya di satu lokasi
# Peluang untuk anda menjadi pemilik hartanah pembangunan bersepadu pertama di Terengganu
# Potensi sebagai Permata Pantai Timur yang harus dimiliki
# Kredibiliti dan reputasi pemaju Bumiputera

Harga setelah subsidi dari kerajaan RM272,500 sahaja

Untuk maklumat lanjut & tempahan, whatsapp kami di:

☎ 013-979 0000


Be among the first to own the best units of Puncak Temala 

A project by AZ Land & Properties, a subsidiary of Ahmad Zaki Resources Berhad (AZRB), a listed company on the Main Board of Bursa Malaysia.

Sabtu, Oktober 13, 2018

Rahsia Nombor 1,2,3,4,5,6,7,8,9 dan 0



Seorang ahli fizik, Prof.Dr. Norhisham Wahab mengaku melalui kajiannya ada nombor yang membawa keburukan dan kebaikan. "Benar, nombor ada semangat atau tenaga semula jadi yang boleh membawa keburukan atau kebaikan. Jadi, jangan terkejut kalau ada orang gunakan nombor tertentu untuk menjadikan dirinya bertuah. NAUZUBILLAH....hanya Allah yang berhak terhadap umatnya... Allah tidak akan mengubah diri seseorang umatnya jika umatnya sndri tidak berusaha mngubah diri sendri.

"Setiap orang dilahirkan bersama nombor yang ada pertalian dengan planet. Kedua-duanya akan mempengaruhi tingkah laku seseorang," jelas Prof. Dr. Norhisham. Pengasas rawatan terapi warna di Malaysia ini berpendapat, kalau seseorang tahu rahsia satu-satu nombor dan dapat menggunakan dengan betul, insyaAllah dia akan berjaya. Prof. Dr. Norhisham menghuraikan rahsia nombor dan kegunaannya hasil kajiannya itu.

1 – Satu Lambang keunggulan Tuhan. Nombor kemakmuran, keutuhan diri, kekuatan, keberanian dan kekuasaan. Rumah bernombor 1 akan sentiasa makmur. Tetamu suka datang kerana suasana yang tenteram, damai dan tenang. Kalau orang yang bernaung di bawah nombor ini, dia seorang yang berani. Mempunyai pendirian yang kukuh, memiliki kekuatan fizikal dan mental.

2 – Dua Nombor ini bersifat pasangan seperti sejuk lawannya panas. Ia simbol pengesahan, penyaksian, perkaitan, syarat menemukan jawapan semula jadi dan jodoh. Menurut Prof. Dr. Norhisham, bagi seseorang yang sukar mendapat jodoh, berlindunglah di bawah nombor ini. Tidak perlu jumpa dukun atau mandi dibawah jambatan, cukup sekadar mengingati nombor itu. Untuk lebih mudah, ambil segelas air sejuk mentah atau air kelapa, lebih elok air zam-zam. Tuliskan nombor 2 di luar gelas, memadai menggunakan hujung jari. Kemudian minum, ingat nombor itu dan niatkan dalam hati untuk mendapat pasangan. "Lakukan tujuh kali atau tujuh hari berturut-turut. Insha-Allah….tak sampai sebulan pasangan yang sesuai akan diperoleh," tambahnya lagi.

3 – Tiga Rahsia akal, bijaksana, keceriaan, kesuburan, keseimbangan, pembalasan dan penindasan. Bernaung di bawah nombor ini menjadikan anda seorang yang pintar dan bijaksana. Biasanya apabila hendak melakukan sesuatu pekerjaan akal akan berkata-kata sama ada ia baik atau buruk. Boleh menjadi pencipta yang baik tetapi bermula dengan kemusnahan. Setelah melalui beberapa kegagalan baru menikmati kejayaan. Tapi kalau putus asa, habislah. Mudah memiliki sesuatu kekayaan, benda, rumah, kereta atau apa sahaja tetapi mudah pula melepaskannya. Pintar menyelesaikan setiap masalah walaupun terlalu rumit. Seorang yang subur, mempunyai anak ramai dan ibu bapa yang baik. Paling penting mereka ini awet muda.

4 - Empat Nombor ini membawa simbol rupa bentuk, kesempurnaan, kemantapan kedudukan, kewangan dan kehidupan. Lambang kekuasaan, kestabilan dan lengkap. Ia stabil dan tidak mudah di ganggu-gugat atau dipengaruhi. Kekuatan mereka yang bernombor 4 ialah mampu melihat melalui daya imaginasi. Agakan mereka selalunya tepat dan kalau merancang, insha-Allah berhasil. Ramai arkitek, jurutera dan pereka-pereka bernaung di bawah nombor ini.

5 – Lima Simbol kreatif, intelek, mampu mempengaruhi, pemikir, bijaksana, pengkritik dan tahap intelekual yang tinggi. Kalau menjadi hakim, dia akan laksanakan tugas dengan bijaksana dan dapat menyelesaikan segala masalah, perbalahan, kerumitan dan kesusahan. Kekuatannya adalah pada kata-kata. Mampu mempengaruhi orang lain membuat keputusan. Pandai memujuk, merayu supaya pertelingkahan dapat dileraikan. Jika anda tidak mampu membuat keputusan, ingatkan 5, nescaya mudah semuanya.

6 – Enam Hati-hati dengan 6 jika anda lemah semangat, jangan gunakannya kerana syaitan dan iblis mudah merasuk. 666 adalah lambang syaitan – gandaan kelemahan bagi mereka yang lemah semangat. Tetapi 6666pula adalah kekuatan dan kesempurnaan kerana ia adalah bilangan ayat al-Quran. Kalau nombor peribadi anda 6, anda suka meramal dan boleh meramal dengan tepat. Mulut masin. Suka pada benda ghaib, boleh melihat dan menembusi alam ghaib. Bagi yang belum kahwin tetapi sudah mempunyai pasangan atau idaman hati cubalah ingatkan 6 dan niatkan pada air seperti nombor 2. Percayalah tidak sampai sebulan niat akan terlaksana.

7 – Tujuh Inilah nombor paling baik. Selain itu ia juga lambang pembalasan, memerintah, membangkitkan tenaga dalaman, pelindung, pemusnah dan penghalau hantu. Insha-Allah doa mereka dimakbulkan jika mengulangi 7 kali. Mereka juga bersifat melindungi dan mampu memerintah dengan baik. Nombor ini digunakan untuk menghalau hantu yang meresap di dalam badan. Caranya mudah – palitkan nombor 7 dengan menggunakan kapur di tempat yang sakit. Ia hanya mujarab dilakukan pada malam 13, 14 dan 15 (bulan penuh). Ataupun pelindung ibu yang sedang sakit bersalin daripada dimasuki iblis.

8 –Lapan Orang Cina cukup suka nombor ini. Kebanyakan mereka sanggup bayar berpuluh ribu ringgit untuk mendpatkannya – untuk plat kereta atau rumah. Memanglah nombor itu mendorong ke arah menjadi semakin kaya tetapi sampai satu tahap jatuh bankrap. Sebabnya…. kerana mereka tidak tahu 8 sebenarnya bermaksud penamat kehidupan. Bagaimanapun nombor ini memang baik jika tahu rahsianya iaitu ia mendorong ke arah kekayaan, kemantapan, kehidupan, keadilan, sempurna, lengkap dan akhirnya kematian. Jika anda tidak tahu rahsia 8, jangan sesekali cuba menggunakannya. Dari segi sains oksigen terletak dalam atom 8. Sebab itulah jika tidak cukup oksigen orang akan mati.

9 – Sembilan NOMBOR ini lambang kebenaran. Kerana itu polis menggunakan 999? Ia juga lambang tenaga yang kuat. Sebab itulah ia disimbolkan sebagai perjuangan, kepahlawanan, peperangan dan pertikaian. Bagaimanapun mereka yang bernaung di bawahnya mudah terlanjur dalam perbuatan dan percakapan atau suka lepas cakap. Tapi, jangan bimbang….walaupun mudah terlanjur tetapi anda seorang yang cukup sempurna dalam hal ilmu keduniaan. Nombor ini boleh digunakan untuk mencari semula barang yang hilang. Ingat nombor 9, barang yang hilang akan jumpa semula, jika tersalah simpan!

10 atau 0 - Simbol keabdian Yang Mencipta, Maha Kuasa. Kebesaran yang tidak dapat diukur dengan apa sekali pun. Tidak ada permulaan dan tidak ada pengakhiran – tiada penamat. Ia sentiasa akan berlingkar dalam pusingan yang sama tanpa ada titik akhir. Satu nombor yang cukup kuat, tidak mampu dikalahkan oleh segala ilmu yang ada. Tidak ada orang bernung dibawahnya. Hanya Pencipta memilikinya.

Menurut Prof. Dr. Norhisham, mengetahui nombor peribadi penting kerana melaluinya kita dapat mengenal diri. Hidup akan lebih teratur, sentiasa berwaspada ketika membuat perhitungan dan insha-Allah… tidak wujud penyesalan.

Sumber : http://sakuraputeri.blogspot.com/2011/04/seorang-ahli-fizik-prof.html

Selasa, Oktober 09, 2018

Cara Menjawab Soalan Psikometrik SPA


Ujian Psikometrik adalah untuk menguji calon dengan soalan-soalan yang bertujuan menilai personaliti dan sahsiah seseorang calon sebelum layak di panggil untuk menghadiri temuduga atau menjawat sesuatu jawatan. Pakej ini menyediakan contoh soalan Psikometrik SPA yang boleh anda jadikan rujukan dan panduan.

Ujian Psikometrik SPA ini diwajibkan kepada semua calon dalam pelbagai jawatan kerajaan. Ini untuk menentukan personaliti calon samaada sesuai menjawat sesuatu jawatan atau tidak.

Format soalan dan jawapan adalah tidak tetap. Anda berkemungkinan anda hanya diberi 2 atau 4 pilihan jawapan samaada YA atau TIDAK, BETUL atau SALAH, SETUJU dan TIDAK SETUJU.

Berikut merupakan skop soalan yang mungkin diajukan kepada calon;

- Kemahiran Berfikir
- Sikap
- Perwatakan
- Emosi

Untuk menjawab dengan baik soalan ini, anda perlu melihat refleksi diri anda dalam menjalani kehidupan seharian. Sikap anda, cara pemikiran, tindakan anda terhadap diri dan sekeliling perlu mencerminkan pemikiran yang POSITIF. Pemilihan setiap jawapan perlulah ke arah POSITIF dan bukannya NEGATIF.

PAKEJ LENGKAP UJIAN PSIKOMETRIK

Panduan Ujian Psikometrik SPA merupakan pakej lengkap yang dihasilkan khas untuk membantu calon jawatan kerajaan untuk lulus dalam peperiksaan Psikometrik SPA.

Panduan ini mengandungi Nota berkaitan Psikometrik dan Contoh Soalan Psikometrik lengkap dengan jawapan untuk membantu persediaan calon. 

Jadi, anda tidak perlu membazirkan masa mencari maklumat berjam-jam di internet sehingga mengurangkan masa persediaan anda. Anda hanya perlu baca nota dan contoh soalan yang disediakan.

Anda boleh mendapatkan rujukan, nota dan lebih banyak contoh soalan ujian Psikometrik ini di : http://infotambahan.com/psikometrik/28

Contoh Soalan Ujian Psikometrik SPA


Bagi anda yang tercari-cari contoh soalan ujian psikometrik SPA, berikut adalah contoh soalan.

Contoh Soalan Ujian Psikometrik

1. Apabila peluang ada, kita tidak perlu lagi berusaha
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti

2. Saya selalu didenda di zaman persekolahan dahulu
A. Setuju
B. Tidak setuju
C. Tidak Pasti

3. Apabila ada seseorang yang mencurigakan, saya akan berjaga-jaga
A. Setuju
B. Tidak setuju
C. Tidak Pasti

4. Idea saya banyak tetapi saya sukar mengeluarkannya
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti

5. Mengambil risiko terhadap sesuatu tindakan adalah tidak menjadi masalah kepada saya kerana ianya kesukaan saya.
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti

6. Walaupun di mana saya berada, saya tetap boleh menyesuaikan diri.
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti

7.Jika kita berbuat baik dengan orang lain, kita akan dibalas dengan perkara yang baik juga.
A. Setuju
B. Tidak setuju
C. Tidak Pasti

8. Saya tidak perlu membalas budi rakan saya apabila dia membantu saya kerana dia merupakan rakan baik saya.
A. Setuju
B. Tidak setuju
C. Tidak Pasti

9. Walaupun barang yang saya beli kurang bermutu, saya tidak akan membuat sebarang aduan.
A. Ya
B. Tidak Pasti
C. Tidak

10. Saya lebih produktif apabila saya bekerja secara berkumpulan
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti

11. Jika saya tahu tentang kenaikan pangkat tahun hadapan, saya akan bekerja dengan penuh dedikasi.
A. Ya
B. Tidak Pasti
C. Tidak

12. Sesuatu perkara boleh saya lihatnya secara positif.
A. Ya
B.Tidak
C. Tidak Pasti

13. Untuk memastikan kemajuan sesuatu masyarakat itu, mereka perlu ada semangat tolong menolong antara satu sama lain.
A. Setuju
B. Tidak setuju
C. Tidak Pasti

14. Saya masih akan menolong rakan saya walaupun dia tidak membalas budi saya.
A. Setuju
B. Tidak setuju
C. Tidak Pasti

15. Antara sumber inspirasi saya adalah kejayaan orang lain
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti

16. Apabila dimarahi, saya akan melenting
A. Ya
B. Tidak Pasti
C. Tidak

17. Pada setiap masa, saya sentiasa suka dipandang kemas dan bersih.
A. Ya
B.Tidak
C. Tidak Pasti

18. Menyelesaikan masalah perlukan kepada kemahiran komunikasi
A. Ya
B.Tidak
C. Tidak Pasti

19. Apabila berpindah ke tempat baru, saya yang akan memulakan perbualan
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti

20. Masa tidur saya tidak teratur
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti

Anda boleh mendapatkan rujukan, nota dan lebih banyak contoh soalan ujian Psikometrik ini di : http://infotambahan.com/psikometrik/28



Isnin, Oktober 08, 2018

Anugerah Bintang Popular ABPBH 2018


Tahniah kepada para pemenang di Anugerah Bintang Popular Berita Harian - ABPBH 31. Berikut adalah senarai pemenang pada tahun ini:

13 kategori utama:

1. Artis Baru Wanita Popular - Farah Nabila
2. Artis Baru Lelaki Popular - Fendy Bakri
3. Penyanyi Lelaki Popular - Khai Bahar
4. Penyanyi Wanita Popular - Wany Hasrita
5. Pengacara Lelaki Popular - Haziq HotFM
6. Pengacara Wanita Popular - Neelofa
7. Artis Versatail Popular - Aliff Satar
8. Artis Komedi Popular - Zizan Razak
9. Pelakon TV Wanita Popular - Nur Fazura
10. Pelakon TV Lelaki Popular - Fattah Amin
11. Penyanyi Duo/ Berkumpulan Popular - Syamil & Erni Zakri
12. Pelakon Filem Wanita Popular - Emma Maembong
13. Pelakon Filem Lelaki Popular - Zul Ariffin

Anugerah Sepanjang Hayat - Noor Kumalasari

Anugerah Online:

1. Artis Sensasi - Neelofa
2. Pasangan Serasi Drama - Fattah Amin & Nur Fazura
3. Pasangan Serasi Filem - Zul Ariffin & Nur Fazura
4. Personaliti Media Sosial - Fatimah Omar
5. Instafamous Cilik Popular - Arif Jiwa

Ahad, Oktober 07, 2018

Nama paling panjang dan paling popular di Malaysia




Princess Aura Nurr Ermily Amara Auliya Bidadari Nawal El Zendra binti Mohd Suffian merupakan nama terpanjang di Malaysia yang direkodkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sehingga kini.

Berdasarkan rekod JPN, nama lelaki paling popular di negara ini ialah Ismail iaitu seramai 72,157 orang diikuti Ahmad (57,914) dan Abdullah (47,989).

Sementara nama wanita yang paling popular ialah Fatimah iaitu seramai 74,605 orang, Zainab (41,450) dan Azizah (34,114).